Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 5, 2014

My new episode in Wrexham, Wales, UK

Assalamualaikum w.b.t,

Berhati waja aku nampaknya hari ni. Almaklumlah update dari henpon saja. Seronok sikit nak menaip sambil bergolek dan berbaring.

Hari ini Isnin. Cuti umum.
Bank Holiday. Sini memang banyak pulak Bank holiday. Tapi aku sukaaaaaaaa! Boleh la bermanja lebih-lebih dengan katil dan bantal. Hehe

Ramai tertanya-tanya kehidupan kami di UK. Alhamdulillah dah 2 bulan bertabah di sini. Meh la aku ceritakan.

Seronok tak hidup kat UK?
Jujurnya, aku dengan suami tak berapa excited di sini berbanding kehidupan kami di Italy dulu. Selama 2 bulan ni belum lagi terasa ada alasan kukuh untuk bermaustatin di sini lebih lama.Bahkan aku sendiri dah rasa homesick dari bulan pertama aku di sini. Di Trento dulu, satu hari cukup untuk buat kami jatuh cinta dengan Italy. Selalu kami berangan-angan untuk menetap dan membesarkan anak-anak di sana. Entahlah aku pun tertanya-tanya kenapa. Walhal sejak 6 tahun dulu, aku yang beria-ia nak sangat jejak kaki kat bumi Britain ni. Aku dan Qahar rasa kosong. Lansung tak bernafsu nak berjalan ke mana-mana. Tambah-tambah lagi dengan keadaan aku tengah pregnant.Lagi la bertambah kemalasan kami. Kalau ada pun niat tersimpan nak terbang ke Italy balik menziarah kawan-kawan di sana. InsyaAllah sekiranya berkesempatan. Aminnnnn...

Best ke belajar master degree kat sini?
Hmm.. masa aku kat Italy ( Italy jugak nak dibandingkan)..walaupun aku buat internship, tapi kami sebenarnya join master courses. I enjoyed my time in Italy so damn much. So, ini bukan kali pertama aku merasa belajar level master degree. Sini? Lecturer ok. Kelas pun ok. Tapi biasalah aku kan ambik MSc. Composites, bidang yang aku tak pernah ada basic, bergelut sakan jugak saraf otak aku nak berfikir. Tambahan pulak, tekanan dari pihak company yang mahukan report setiap minggu, menambah beban dan sesak di dada. Tak cukup dengan weekly summary, kena provide monthly report, weekly survey,weekly skype session..urghhhhh... Tak best sebab kelas kami cuma ada kami-kami saja. Tak macam di Trento dulu, kelas bercampur dengan international students and Italian yg lain. Time tu seronok buat kawan, kenal budaya bangsa lain, berborak pasal economics dan politics negara masing- masing. Sekarang nak borakkan apa, 24 jam mengadap muka yang sama dalam kelas, ...hahaha..13 orang budak melayu, kalau dah berkumpul, jadi melayulah kami.huhu. Baik buat master kat Mesia je dak? Bleh makan roti canai hari-hari..takdela aku mengidam cam sekarang..eh?hahahha

Apa yang best pasal Wrexham?
Selain daripada baju murah dan cantik kat Primark, benda lain aku tak rasa lagi best pasal Wrexham.haha. Makanan ok la. Malas masak boleh order je delivery.dari kedai fastfood or kebab. Ada kedai Thai kat town untuk cari barang masak yang rare untuk perut melayu macam kami. Tapi tak sebest kedai Asian Food kat Trento dulu. Expenses kat sini xleh nak kawal berbanding aku kat Trento dulu. Kat Trento sebulan €300 dah lebih dari cukup. Kat sini £500 sebulan jugak la abeh. Tak cerita lagi hostel yang mahal nak mampppp...


Maybe aku dah sehat sikit nanti bleh la aku jalan-jalan meluaskan pandangan kat UK ni. Maybe aku akan lebih suka nanti. Tapi aku tak suka angin sejuk kat sini atau aku lebih suka panggil "angin jahat".  Buat masa sekarang, aku lagi suka pejam mata dan explore Trento, Venice, Milan, Florence dan Rome dalam memori aku. Indah sangat!

1 comment:

Anis Masiran said...

Salam Kak Nuraini.

Saya Anis. InsyaAllah saya pun akak fly to UK this Sept under the same programme.

Seronok baca akak tulis tntg awal2 experience akak dekat Wrexham.

Saya pun bukan dr background aero so saya nak tanya akak challenges n struggle time study tu in terms of macam mana? Hehe

Selamat menyambut bulan Ramadhan kak! :D