Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 5, 2014

My first Pregnancy ♥

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah. Nie entry paling tazabar aku nak tulis. Bukan sebab apa pun. Takut masa berlalu dan aku terlupa apa yang aku lalui dan rasa. Aku nak semua anak aku rasa special. Di abadikan pengalaman mengandungkan setiapnya di sini supaya aku tak lupa. Dan mereka boleh cari tahu apa yang aku rasa seawal kewujudan setiap mereka di dalam rahim aku. Ehem..mereka macam ramai aje..mesti suka encik suami kalau baca..dia memang nak kalau boleh satu team bola..cuma aku berdoa moga ada kekuatan semacam mana mak melahirkan kami bertujuh. Supermak!

Waktu kami buat keputusan untuk terbang ke UK, yang dalam perancangan cuma kemana arah tuju nak berjalan sepanjang setahun di sana. Wallahi tak terfikir nak balik bertiga walau selalu di usik keluarga dan kawan-kawan. Kami selalu senyum buat-buat cool saja bila ditanya. Rasa nak sodok perut tukang tanya soalan pun kadang-kadang ada. Bukan apa. Buta? Kami masih belajar. Masih belum letih bercinta. Kasi can la dulu nak berbulan-madu puas-puas. Lepas balik nanti kami fikirkan la soal bertiga, berempat atau berlima.

Tup-tup lepas 3 minggu di Wrexham, badan aku rasa lain macam. Sakit kepala dan pening. Mula-mula ingat sebab perubahan suhu dan cuaca. Almaklumla Malaysia time kami fly tu dah macam gurun Sahara.Sampai di Wrexham pulak sejuk gila. Walaupun end of winter, angin sejuk dia terasa sampai ke tulang hitam. Tambah pulak aku yang cekeding ni. Bertambah-tambah merana. Mula-mula aku tak layankan sangat tapi bila dah hampir seminggu tak hilang dan mula rasa prestasi terjejas, aku mula mengadu pada encik suami. Encik suami terus cakap "entah-entah ayang pregnant kot". Aku menafikan sekerasnya. Tak mungkin kata aku. Niat dia nak beli pregnancy test di pharmacy pun aku bantutkan. Bersungguh-sungguh aku cakap aku bukan pregnant, maybe terlalu letih. Dia pun redha. Tapi dalam masa yang sama dia dok mengadu kat TJ dengan Tqah, pasangan Msia yang ada baby kat sini. Tqah pun cakap kat hubby maybe tu tanda pregnancy. Lagi bertambah suka la encik suami. Tapi aku dok yakinkan diri aku just angin satu badan kot.

Suatu hari dalam lab, aku rasa kepala pusing sangat. Rasa tak tertanggung. Terus aku sms hubby "abang, pi la beli pregancy test tu. Dah tak tahan menanggung pening ni. At least kalau tak pregnant, boleh kita ikhtiarkan ubat". Balik kelas nampak pregnancy test atas meja. Aku belek baca description. Waktu terbaik nak test adalah awal pagi sebab masa tu hormon tinggi. So simpan ke tepi dulu. Tapi sebenarnya aku pun tak sabar. Time hubby tgh main game, aku curi-curi ambik pregnancy test and masuk toilet. Subhanallah, tak sampai berapa saat, dua garis merah muncul dengan jelas! Aku terkedu. Tak percaya itu rupanya punca pening dan mual aku. Rupanya ada "penghuni kecil" dalam rahim aku... terkejut, sebak, kagum, takut...semua bercampur baur...

Aku keluar toilet.Curi iphone hubby untuk snap gambar pregnancy test. Aku keluar. Tanya hubby lama lagi ke main game? Dia kata dah habes. Aku panggil dia...tunjuk gambar..dia terus peluk and cium aku..suka la tu nak jadi daddy..aku cakap jangan bagitau sapa-sapa..aku malu..takde maknanyaaaa..dia keluar bilik, terus pegi ketuk semua bilik-bilik lain sambil jerit " we gonna have a baby!!!" Hergh, xleh simpan rahsia!

Aku takut sebenarnya. Kalau ditanya sungguh aku tak pernah duga apatah lagi bersedia. Tapi aku percaya, Allah dah aturkan yang terbaik untuk kami berdua. Jadi, haruslah aku REDHA.

Bermulalah episod morning sickness yang bagai tak berpenghujung. Muntah jadi hobi baru. Makan tak payah cakap, apa pun tak lalu....nantilah aku cerita di entry lain.

Jadi,
Wahai anak ibu,
Sesungguhnya kehadiranmu tak pernah kami jangka.
Tapi kami terima selapang dada.
Tak sabar nak bersua muka.
Bertumbuhlah dengan sihat dalam rahim ibu.
Sampai saatnya kita bertemu...
Ayah dan ibu sayakan kamu..
Lebiu ♥


No comments: