Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 6, 2014

Morning sickness, nyah kau!

Assalamualaikum w.b.t,

Entry ni aku taip masa dok bersembunyi dalam toilet. Ni jelah solution terbaik yang aku ada bila bau dari dapur menerjah ke bilik. Jenuh dah beli macam-macam jenis pewangi. Tapi setiap kali kawan- kawan aku masak especially menumis atau menggoreng, memang tersiksa jiwa dan raga. Bau yang boleh ubah aku jadi incredible hulk automatically. So, toilet jelah penyelamat walaupun kadang-kadang bau tu tetap sampai ke dalam toilet, al-kisahnya aku lari dok dalam shower pulak!

Hai la morning sickness... kenapa tak morning aje kau menggila..nie sepanjang hari terpaksa tanggung..kadang-kadang jatuh jugak air mata..terus keluar ayat keramat..." Abang...ayang nak balik Msia..sob..sob.."..nasib baik ada suami selalu menenangkan aku..

Masa mula-mula rasa morning sickness..aku terus call mak..tanya macam mana mak mengandungkan aku dulu..mak kata mengandungkan aku lah yang paling dasat sekali..terpaksa terlantar je tak boleh nak buat keje..patutlaaaaa... huhuu..i lebiu mak!

Yang paling kelakar, ada satu point tu aku rasa betul-betul tak tahan..aku terus call mak and ayah suruh tolong doakan dan baca yasin sat bagi hilang aku punya morning sickness ni. Apa lagi mak bantai gelak kat aku. Mak kata "hang ingat penyakit buatan orang nak doa bagi hilang? Kena la sabar memang itu lumrah..bahagian masing-masing..kena baca doa..nanti lama-lama hilang sendiri".. sob.sob..sob..makk...memang buatan 'orang' la jugak..tapi cuma kita tau orang tu sapa..menantu mak..uwaaaaa!!!!

Aku rasa most of women memang alami morning sickness ni. Benda biasa. Cuma aku ni mentally tak kuat kot. Tak prepare. Stress dengan nak cope dengan master programme ni lagi. Jauh dari family menghadapi pregnancy buat kali pertama. Aku selalu independent. Bila start morning sickness, aku rasa lemah dan terpaksa bergantung pada suami untuk makan, mengemas...aku jadi tertekan tak dapat buat semua sendiri.

Makan pulak dah x berapa nak lalu. Bukan apa aku rasa sebab aku fobia nak muntah. Penat kot makan pastu semuanya ke sinki tak sampai 15 minit. Makanan yang aku suka semua aku jadi tak suka. Last-last biskut jelah aku telan. Air pun sama. Semua aku tak suka. Jus, susu, even air masak. Semua rasa nak muntah.huhu..kesian baby ibu.. nasib baik hari tu adik ada kirimkan sirap rose.. terus addicted dengan sirap kenduri..nak hari-hari! Tapi hubby marah takut kang end up kencing manis pulak bini dia ni ha!

Semoga cepat la pulih seperti biasa. Aku nak jalani hidup normal macam biasa. Nak masak and makan sedap-sedap.Ada ke yang dapat morning sickness dasat macam aku jugak? Ke mungkin lagi dasat? Tabahkanlah hati kita-kita...

No comments: