Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 5, 2014

Alahai morning sickness!

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni rajin. Rajin menaip. Yang lainnya masih lagi malas! Malas makan, malas mandi, malas nak mengemas, malas semuanya..buruk bebenor perangai ibu mengandung yang sorang ni!

Alhamdulillah hari ni genap 10 weeks baby dalam perut ibu. Ini mengikut kiraan doktor la. Baru 1/4 perjalanan kami, jauh lagi nak sampai ke penghujung. Bertabahlah wahai Nuraini! Bertabahlah baby di dalam. Kita berjuang bersama-sama!

Bercerita tentang morning sickness. Aku mangsa morning sickness. Rasanya hanya Tuhan yang tahu. Bilanglah apa pun, aku mengada atau terlalu manja. Rasa sendiri setiap apa yang aku lalui, baru bukak mulut dan bagi komen ok! Eh, teremosi pulak..ni pun sindrom jugak la nie.hehe

Sejak tau aku pregnant, automatik pakej morning sickness sampai. Muntah-muntah kadang-kadang sampai 3-4 kali sehari.. pening dan loya tak payah cakap.. benda yang aku suka makan sebelum ni terus aku tak lalu. Perut rasa sebu dipintal-pintal dari dalam. Dah la xlalu nak makan, makan sikit dah muntah balik. Nikmat dan selera makan ditarik sekelip mata. Hanya airmata ja kadang-kadang meleleh sebab tak tahan. Mula la rindu pada mak merasuk-rasuk dalam diri. Padahal baru sebulan aku di bumi Wales ni.

Hari-hari kelas kami di Composites Centre, di Broughton, lebih kurang 15-30 minit perjalananan dari campus. Panjang perjalanan bergantung pada jalan mana yang driver guna. Bila dapat bas yang besar dan selesa ok la.Kadang-kadang coach yang datang kecik dan sungguh tak selesa. Setiap kali jalan tak rata, bergoncang isi perut aku, bergegar saraf otak yang tengah pening. Jadi agenda setiap kali turun bas adalah ke toilet, memuntahkan isi perut. Pernah sekali aku termuntah dalam bas. Habis jacket aku. Cis! Waktu balik pun sama, turun bas aku la orang pertama berjalan laju balik ke hostel menahan muntah. Kadang tak sempat sampai lagi dah terkeluar di tengah jalan. Mana tak aku meraung. Bergelut dengan master courses yang baru nak mula, aku pulak dalam keadaan yang terpaling lemah aku pernah rasa dalam hidup aku. Aku betul- betul tertekan. Mujur la ada suami yang selalu nasihatkan aku. Keluarga yang banyak bagi sokongan. Rasa better la sikit. Now menginjak ke minggu ke 10, aku makin biasakan diri dengan morning sickness ni. Masih lagi muntah tapi sebolehnya aku cuba tahan. Sekarang kalau muntah bukan main teruk aku rasa, pahit berdengung tekak aku.

Satu hal lagi. Aku tak boleh bau kitchen. Rasa loya dan sakit kepala yang amat sangat. Rasa benci yang membuak-buak. Serasa macam nak bakor je kitchen tu haaa..kebetulan bilik aku betul-betul depan kitchen...padan muka aku! Bila ada kawan-kawan yang masak, aku mula naik gila. Kesian suami aku. Kalau dia masuk kitchen, bau melekat...dia skali aku halau! Huhu.. bau minyak goreng dan bau bawang yang menyeksa aku sebenarnya. Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa. Tak terucap rasa yang macam mana. Dan sampai ke saat 10 minggu ni pun masih lagi sama. Aku benci kitchen! Tapi aku rindu nak lepak dengan kawan-kawan sebab tu tempat feveret kami buang masa. Masak, borak kosong sambil tengok Big Bag Theory atau How I Meet Your Mother.  Dah hampir sebulan lebih aku tak lepak kitchen. Benci tapi rinduuuu...

Suami aku terpaksa tangguhkan hasrat dia nak keje sebab terpaksa uruskan aku yang tengah mabuk. Kesian kat dia. Dah la aku tak boleh nak manja dengan dia macam dulu. Aku rasa dia busuk.huhuhu.. Sepanjang aku mabuk morning sickness ni, dia yang uruskan semuanya. Basuh baju (guna mesin), masak apa saja yang dia mampu, kemas apa yang patut. Aku banyak bedrest je. Feeling princess sangat tau! Terima kasih sayang. I love you so much! ♥

Semoga trimester kedua aku dipermudahkan Ya Allah...









No comments: