Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 22, 2014

Almost 6 months in Wrexham.

Assalamualaikum.
Hi all!

It has been a while since my last post. Well, I had extremely tight schedule. Too little time for myself. Alhamdulillah..my morning sickness is completely gone in my 16 weeks of pregnancy. My baby turns 31 weeks today. I can't believe how fast my little angel is growing inside me. One thing for sure, we always have "special" connection between us. I just love talking to him everyday. It seems like I just got a new bestfriend  who I can share everything with. A lot of things going on since my last entry. I wish I have enough time to write down every  moment.

MSc Composite in Glyndwr University

Well, we completed 4 modules. Another 2 modules will start soon within next 2 weeks. Final exams were ok. The time taken to do the revision was short and brief, however, I gave my best shot. We started working on our dissertation project. My project is a collaboration project between my company and the university, so I will be supervised by both sides. Sigh! It sounds tiring isn't it? but looking from the bright side, I will receive more feedbacks along the project and these will keep me on the right track. So...yeayyy!!! Cheers noni!

I wish I had more time to immerse myself in the subjects, but the workloads that we received from our company and also the extra classes limited my time and focus. Struggled with the assignments while tried our best to meet the deadline for our tasks..fuhhhh...I always wish I chose different path. Sigh! But nothing can be done...I must stay strong and finish what I've already started. Hopefully things will be much better soon.

4 days & 3 nights "vacation" in the labour ward

I was hospitalized due to bleeding problem last 2 weeks (10,11,12 Sept). My first blood spotting was the day after my proposal presentation.Then, I had another bleeding the next week. Maybe I was too stress working on my assignments, final exams, reports, presentations. We had hectic schedule for weeks. We don't get enough rest, burned our midnight oil and we had to work even on weekend! Too much stress to be endured and I reached my limit. So I ended up on the bed of Simpson Ward. Luckily, my baby was ok. Oh baby, please stay strong..another couple of weeks and you will out ok?

Tok Chah is here in Wrexham!

Yeay!!! This is the only thing that cheers me up everyday since last Friday. Mak is here! I miss her so much and having her besides me..the feeling is amazing! I'm so happy finally I can bring her to UK.  Having the most important person...my husband and my mom in the most vulnerable time of my life..nothing can beat this moment!

Tok Chah in Old Trafford, Manchester, United Kingdom
13 September 2014


With Tok Chah in front of Etihad Stadium Manchester City, Manchester, United Kingdom
13 September 2014



Tok Chah jalan-jalan di Aqueduct, Wales, United Kingdom
14 September 2014

Having Pizza Express with Tok Chah in Cheshire Oak, Chester, United Kingdom
14 September 2014

Tok Chah having her first pancakes at Kristina, Wrexham Town, Wrexham, Wales, UK
17 September 2014



Tok Chah and bunga. Visit to Tqah's house :)
18 September 2014

Welcoming the Autumn. Jalan-jalan beli groceries di Sainsbury.
18 September 2014

Tok Chah welcoming the Autumn in front of student's village.
18 September 2014

In front of Glyndwr's library
18 September 2014


Autumn finally here! Goodbye summer...hello autumn! Till then..






Tuesday, May 6, 2014

Morning sickness, nyah kau!

Assalamualaikum w.b.t,

Entry ni aku taip masa dok bersembunyi dalam toilet. Ni jelah solution terbaik yang aku ada bila bau dari dapur menerjah ke bilik. Jenuh dah beli macam-macam jenis pewangi. Tapi setiap kali kawan- kawan aku masak especially menumis atau menggoreng, memang tersiksa jiwa dan raga. Bau yang boleh ubah aku jadi incredible hulk automatically. So, toilet jelah penyelamat walaupun kadang-kadang bau tu tetap sampai ke dalam toilet, al-kisahnya aku lari dok dalam shower pulak!

Hai la morning sickness... kenapa tak morning aje kau menggila..nie sepanjang hari terpaksa tanggung..kadang-kadang jatuh jugak air mata..terus keluar ayat keramat..." Abang...ayang nak balik Msia..sob..sob.."..nasib baik ada suami selalu menenangkan aku..

Masa mula-mula rasa morning sickness..aku terus call mak..tanya macam mana mak mengandungkan aku dulu..mak kata mengandungkan aku lah yang paling dasat sekali..terpaksa terlantar je tak boleh nak buat keje..patutlaaaaa... huhuu..i lebiu mak!

Yang paling kelakar, ada satu point tu aku rasa betul-betul tak tahan..aku terus call mak and ayah suruh tolong doakan dan baca yasin sat bagi hilang aku punya morning sickness ni. Apa lagi mak bantai gelak kat aku. Mak kata "hang ingat penyakit buatan orang nak doa bagi hilang? Kena la sabar memang itu lumrah..bahagian masing-masing..kena baca doa..nanti lama-lama hilang sendiri".. sob.sob..sob..makk...memang buatan 'orang' la jugak..tapi cuma kita tau orang tu sapa..menantu mak..uwaaaaa!!!!

Aku rasa most of women memang alami morning sickness ni. Benda biasa. Cuma aku ni mentally tak kuat kot. Tak prepare. Stress dengan nak cope dengan master programme ni lagi. Jauh dari family menghadapi pregnancy buat kali pertama. Aku selalu independent. Bila start morning sickness, aku rasa lemah dan terpaksa bergantung pada suami untuk makan, mengemas...aku jadi tertekan tak dapat buat semua sendiri.

Makan pulak dah x berapa nak lalu. Bukan apa aku rasa sebab aku fobia nak muntah. Penat kot makan pastu semuanya ke sinki tak sampai 15 minit. Makanan yang aku suka semua aku jadi tak suka. Last-last biskut jelah aku telan. Air pun sama. Semua aku tak suka. Jus, susu, even air masak. Semua rasa nak muntah.huhu..kesian baby ibu.. nasib baik hari tu adik ada kirimkan sirap rose.. terus addicted dengan sirap kenduri..nak hari-hari! Tapi hubby marah takut kang end up kencing manis pulak bini dia ni ha!

Semoga cepat la pulih seperti biasa. Aku nak jalani hidup normal macam biasa. Nak masak and makan sedap-sedap.Ada ke yang dapat morning sickness dasat macam aku jugak? Ke mungkin lagi dasat? Tabahkanlah hati kita-kita...

Monday, May 5, 2014

My new episode in Wrexham, Wales, UK

Assalamualaikum w.b.t,

Berhati waja aku nampaknya hari ni. Almaklumlah update dari henpon saja. Seronok sikit nak menaip sambil bergolek dan berbaring.

Hari ini Isnin. Cuti umum.
Bank Holiday. Sini memang banyak pulak Bank holiday. Tapi aku sukaaaaaaaa! Boleh la bermanja lebih-lebih dengan katil dan bantal. Hehe

Ramai tertanya-tanya kehidupan kami di UK. Alhamdulillah dah 2 bulan bertabah di sini. Meh la aku ceritakan.

Seronok tak hidup kat UK?
Jujurnya, aku dengan suami tak berapa excited di sini berbanding kehidupan kami di Italy dulu. Selama 2 bulan ni belum lagi terasa ada alasan kukuh untuk bermaustatin di sini lebih lama.Bahkan aku sendiri dah rasa homesick dari bulan pertama aku di sini. Di Trento dulu, satu hari cukup untuk buat kami jatuh cinta dengan Italy. Selalu kami berangan-angan untuk menetap dan membesarkan anak-anak di sana. Entahlah aku pun tertanya-tanya kenapa. Walhal sejak 6 tahun dulu, aku yang beria-ia nak sangat jejak kaki kat bumi Britain ni. Aku dan Qahar rasa kosong. Lansung tak bernafsu nak berjalan ke mana-mana. Tambah-tambah lagi dengan keadaan aku tengah pregnant.Lagi la bertambah kemalasan kami. Kalau ada pun niat tersimpan nak terbang ke Italy balik menziarah kawan-kawan di sana. InsyaAllah sekiranya berkesempatan. Aminnnnn...

Best ke belajar master degree kat sini?
Hmm.. masa aku kat Italy ( Italy jugak nak dibandingkan)..walaupun aku buat internship, tapi kami sebenarnya join master courses. I enjoyed my time in Italy so damn much. So, ini bukan kali pertama aku merasa belajar level master degree. Sini? Lecturer ok. Kelas pun ok. Tapi biasalah aku kan ambik MSc. Composites, bidang yang aku tak pernah ada basic, bergelut sakan jugak saraf otak aku nak berfikir. Tambahan pulak, tekanan dari pihak company yang mahukan report setiap minggu, menambah beban dan sesak di dada. Tak cukup dengan weekly summary, kena provide monthly report, weekly survey,weekly skype session..urghhhhh... Tak best sebab kelas kami cuma ada kami-kami saja. Tak macam di Trento dulu, kelas bercampur dengan international students and Italian yg lain. Time tu seronok buat kawan, kenal budaya bangsa lain, berborak pasal economics dan politics negara masing- masing. Sekarang nak borakkan apa, 24 jam mengadap muka yang sama dalam kelas, ...hahaha..13 orang budak melayu, kalau dah berkumpul, jadi melayulah kami.huhu. Baik buat master kat Mesia je dak? Bleh makan roti canai hari-hari..takdela aku mengidam cam sekarang..eh?hahahha

Apa yang best pasal Wrexham?
Selain daripada baju murah dan cantik kat Primark, benda lain aku tak rasa lagi best pasal Wrexham.haha. Makanan ok la. Malas masak boleh order je delivery.dari kedai fastfood or kebab. Ada kedai Thai kat town untuk cari barang masak yang rare untuk perut melayu macam kami. Tapi tak sebest kedai Asian Food kat Trento dulu. Expenses kat sini xleh nak kawal berbanding aku kat Trento dulu. Kat Trento sebulan €300 dah lebih dari cukup. Kat sini £500 sebulan jugak la abeh. Tak cerita lagi hostel yang mahal nak mampppp...


Maybe aku dah sehat sikit nanti bleh la aku jalan-jalan meluaskan pandangan kat UK ni. Maybe aku akan lebih suka nanti. Tapi aku tak suka angin sejuk kat sini atau aku lebih suka panggil "angin jahat".  Buat masa sekarang, aku lagi suka pejam mata dan explore Trento, Venice, Milan, Florence dan Rome dalam memori aku. Indah sangat!

Alahai morning sickness!

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni rajin. Rajin menaip. Yang lainnya masih lagi malas! Malas makan, malas mandi, malas nak mengemas, malas semuanya..buruk bebenor perangai ibu mengandung yang sorang ni!

Alhamdulillah hari ni genap 10 weeks baby dalam perut ibu. Ini mengikut kiraan doktor la. Baru 1/4 perjalanan kami, jauh lagi nak sampai ke penghujung. Bertabahlah wahai Nuraini! Bertabahlah baby di dalam. Kita berjuang bersama-sama!

Bercerita tentang morning sickness. Aku mangsa morning sickness. Rasanya hanya Tuhan yang tahu. Bilanglah apa pun, aku mengada atau terlalu manja. Rasa sendiri setiap apa yang aku lalui, baru bukak mulut dan bagi komen ok! Eh, teremosi pulak..ni pun sindrom jugak la nie.hehe

Sejak tau aku pregnant, automatik pakej morning sickness sampai. Muntah-muntah kadang-kadang sampai 3-4 kali sehari.. pening dan loya tak payah cakap.. benda yang aku suka makan sebelum ni terus aku tak lalu. Perut rasa sebu dipintal-pintal dari dalam. Dah la xlalu nak makan, makan sikit dah muntah balik. Nikmat dan selera makan ditarik sekelip mata. Hanya airmata ja kadang-kadang meleleh sebab tak tahan. Mula la rindu pada mak merasuk-rasuk dalam diri. Padahal baru sebulan aku di bumi Wales ni.

Hari-hari kelas kami di Composites Centre, di Broughton, lebih kurang 15-30 minit perjalananan dari campus. Panjang perjalanan bergantung pada jalan mana yang driver guna. Bila dapat bas yang besar dan selesa ok la.Kadang-kadang coach yang datang kecik dan sungguh tak selesa. Setiap kali jalan tak rata, bergoncang isi perut aku, bergegar saraf otak yang tengah pening. Jadi agenda setiap kali turun bas adalah ke toilet, memuntahkan isi perut. Pernah sekali aku termuntah dalam bas. Habis jacket aku. Cis! Waktu balik pun sama, turun bas aku la orang pertama berjalan laju balik ke hostel menahan muntah. Kadang tak sempat sampai lagi dah terkeluar di tengah jalan. Mana tak aku meraung. Bergelut dengan master courses yang baru nak mula, aku pulak dalam keadaan yang terpaling lemah aku pernah rasa dalam hidup aku. Aku betul- betul tertekan. Mujur la ada suami yang selalu nasihatkan aku. Keluarga yang banyak bagi sokongan. Rasa better la sikit. Now menginjak ke minggu ke 10, aku makin biasakan diri dengan morning sickness ni. Masih lagi muntah tapi sebolehnya aku cuba tahan. Sekarang kalau muntah bukan main teruk aku rasa, pahit berdengung tekak aku.

Satu hal lagi. Aku tak boleh bau kitchen. Rasa loya dan sakit kepala yang amat sangat. Rasa benci yang membuak-buak. Serasa macam nak bakor je kitchen tu haaa..kebetulan bilik aku betul-betul depan kitchen...padan muka aku! Bila ada kawan-kawan yang masak, aku mula naik gila. Kesian suami aku. Kalau dia masuk kitchen, bau melekat...dia skali aku halau! Huhu.. bau minyak goreng dan bau bawang yang menyeksa aku sebenarnya. Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa. Tak terucap rasa yang macam mana. Dan sampai ke saat 10 minggu ni pun masih lagi sama. Aku benci kitchen! Tapi aku rindu nak lepak dengan kawan-kawan sebab tu tempat feveret kami buang masa. Masak, borak kosong sambil tengok Big Bag Theory atau How I Meet Your Mother.  Dah hampir sebulan lebih aku tak lepak kitchen. Benci tapi rinduuuu...

Suami aku terpaksa tangguhkan hasrat dia nak keje sebab terpaksa uruskan aku yang tengah mabuk. Kesian kat dia. Dah la aku tak boleh nak manja dengan dia macam dulu. Aku rasa dia busuk.huhuhu.. Sepanjang aku mabuk morning sickness ni, dia yang uruskan semuanya. Basuh baju (guna mesin), masak apa saja yang dia mampu, kemas apa yang patut. Aku banyak bedrest je. Feeling princess sangat tau! Terima kasih sayang. I love you so much! ♥

Semoga trimester kedua aku dipermudahkan Ya Allah...









My first Pregnancy ♥

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah. Nie entry paling tazabar aku nak tulis. Bukan sebab apa pun. Takut masa berlalu dan aku terlupa apa yang aku lalui dan rasa. Aku nak semua anak aku rasa special. Di abadikan pengalaman mengandungkan setiapnya di sini supaya aku tak lupa. Dan mereka boleh cari tahu apa yang aku rasa seawal kewujudan setiap mereka di dalam rahim aku. Ehem..mereka macam ramai aje..mesti suka encik suami kalau baca..dia memang nak kalau boleh satu team bola..cuma aku berdoa moga ada kekuatan semacam mana mak melahirkan kami bertujuh. Supermak!

Waktu kami buat keputusan untuk terbang ke UK, yang dalam perancangan cuma kemana arah tuju nak berjalan sepanjang setahun di sana. Wallahi tak terfikir nak balik bertiga walau selalu di usik keluarga dan kawan-kawan. Kami selalu senyum buat-buat cool saja bila ditanya. Rasa nak sodok perut tukang tanya soalan pun kadang-kadang ada. Bukan apa. Buta? Kami masih belajar. Masih belum letih bercinta. Kasi can la dulu nak berbulan-madu puas-puas. Lepas balik nanti kami fikirkan la soal bertiga, berempat atau berlima.

Tup-tup lepas 3 minggu di Wrexham, badan aku rasa lain macam. Sakit kepala dan pening. Mula-mula ingat sebab perubahan suhu dan cuaca. Almaklumla Malaysia time kami fly tu dah macam gurun Sahara.Sampai di Wrexham pulak sejuk gila. Walaupun end of winter, angin sejuk dia terasa sampai ke tulang hitam. Tambah pulak aku yang cekeding ni. Bertambah-tambah merana. Mula-mula aku tak layankan sangat tapi bila dah hampir seminggu tak hilang dan mula rasa prestasi terjejas, aku mula mengadu pada encik suami. Encik suami terus cakap "entah-entah ayang pregnant kot". Aku menafikan sekerasnya. Tak mungkin kata aku. Niat dia nak beli pregnancy test di pharmacy pun aku bantutkan. Bersungguh-sungguh aku cakap aku bukan pregnant, maybe terlalu letih. Dia pun redha. Tapi dalam masa yang sama dia dok mengadu kat TJ dengan Tqah, pasangan Msia yang ada baby kat sini. Tqah pun cakap kat hubby maybe tu tanda pregnancy. Lagi bertambah suka la encik suami. Tapi aku dok yakinkan diri aku just angin satu badan kot.

Suatu hari dalam lab, aku rasa kepala pusing sangat. Rasa tak tertanggung. Terus aku sms hubby "abang, pi la beli pregancy test tu. Dah tak tahan menanggung pening ni. At least kalau tak pregnant, boleh kita ikhtiarkan ubat". Balik kelas nampak pregnancy test atas meja. Aku belek baca description. Waktu terbaik nak test adalah awal pagi sebab masa tu hormon tinggi. So simpan ke tepi dulu. Tapi sebenarnya aku pun tak sabar. Time hubby tgh main game, aku curi-curi ambik pregnancy test and masuk toilet. Subhanallah, tak sampai berapa saat, dua garis merah muncul dengan jelas! Aku terkedu. Tak percaya itu rupanya punca pening dan mual aku. Rupanya ada "penghuni kecil" dalam rahim aku... terkejut, sebak, kagum, takut...semua bercampur baur...

Aku keluar toilet.Curi iphone hubby untuk snap gambar pregnancy test. Aku keluar. Tanya hubby lama lagi ke main game? Dia kata dah habes. Aku panggil dia...tunjuk gambar..dia terus peluk and cium aku..suka la tu nak jadi daddy..aku cakap jangan bagitau sapa-sapa..aku malu..takde maknanyaaaa..dia keluar bilik, terus pegi ketuk semua bilik-bilik lain sambil jerit " we gonna have a baby!!!" Hergh, xleh simpan rahsia!

Aku takut sebenarnya. Kalau ditanya sungguh aku tak pernah duga apatah lagi bersedia. Tapi aku percaya, Allah dah aturkan yang terbaik untuk kami berdua. Jadi, haruslah aku REDHA.

Bermulalah episod morning sickness yang bagai tak berpenghujung. Muntah jadi hobi baru. Makan tak payah cakap, apa pun tak lalu....nantilah aku cerita di entry lain.

Jadi,
Wahai anak ibu,
Sesungguhnya kehadiranmu tak pernah kami jangka.
Tapi kami terima selapang dada.
Tak sabar nak bersua muka.
Bertumbuhlah dengan sihat dalam rahim ibu.
Sampai saatnya kita bertemu...
Ayah dan ibu sayakan kamu..
Lebiu ♥


Monday, April 28, 2014

Interview PDC STR**D Mara Programme Part II

Assalamualaikum w.b.t,

Ya Ampun..lama gila xupdate..bz uolsss...dah nak masuk bulan Mei, aku baghu gigih nak tulis entry first utk tahun 2014..maaf la ye anak-anak..ibu busy banget! ;)

Well, aku tau entry ni dah basi. Bukan takat basi, dah tumbuh kulat hijau dah! Back pada last entry aku pasal interview PDC STR**D-MARA tu..alhamdulillah..dr semua candidate yang apply..aku dapat offer untuk join program ni..Pihak MARA bg quota utk 20 org, tp 16 je yang telah dirasakan layak dipilih oleh pihak STR**D..

Oh ya..sesi interview selama 4 hari adalah sepenuhnya dijalankan oleh pihak STR**D. Bila korang dah terpilih baru la MARA layan.cehhh...double standard uolss..hehe..yela..MARA sediakan pinjaman jeeee...

So, final interview hari terakhir..kami masuk secara berpasangan..aku digandingkan dengan student dari UniKL MIAT, Anep. ada 4 panel. 3 orang dari STR**D dan sorang dr pihak UniKL. Dari STR**D, 2 orang panels adalah engineer STR**D yang akan tanya soalan engineering. Since basic aku Mechatronics (Automotive), manakala STR**D adalah company yang buat project mechanical analysis untuk Aerospace field..aku kira selamatttttt la..panel pun xtau nak tanya apa kat aku..tapi aku la buat2 pandai pi mengaku aku ada buat revision sikit2 pasai basic aircraft..so aku pun gebang la apa aku tau..forces acting on aircraft, control surfaces...Anep kena soalan lagi kaw2 la sbb dia ada basic in Aircraft and mechanical..tapi beliau hebat..jawab dengan penuh gaya,mutu dan keunggulan..Alhamdulillah..dia pun dapat jugak join program ni..ni ha jadi penghuni depan bilik aku lagi!

Interview habeh lambat sbb sepatutnya ada 2 session tp sebab xcukup panel, terpaksa la jadi satu session je. Habeh dalam pukul 7 pm macam tu. Aku pun balik sebab dah lewat nak tunggu result. Masa dok tunggu LRT, terus dpt call dari Kak Mira, Exec UniKL, yang aku dapat offer so kena balik buat passport cepat-cepat. Alhamdulillah.

So, sebelum fly, kami kena attend training di Menara OBYU selama lebih kurang 2 bulan. Memula plan sebulan je tp tarikh flight kami asyik delay je so training jadi 2 bulan. Dari awai bulan 1 sampai la ujung bulan 2...

Masa training memang super duper stress. Nak menghadap jem dr Seri Kembangan ke Damansara..ohhhh..macam neraka la jugak hidup aku time tu....hehehe..mana taknya aku ulang-aling Kulim-KL every weekend utk siapkan tempahan cookies..nak xnak terpaksa la jugak sbb nak cari duit oiii..training diorang xbagi duit..nak hidup kat KL lagi..perghhh..macam pelarian pun ada..aku terhutang budi dgn suami yang sanggup tangguhkan study dia di Penang semata-mata nak hantar aku pegi training and ambik aku hari-hari.. kesian kat dia..kadang-kadang lepas hantar..tido dalam kereta sbb letih..lepas ambik aku balik training, kami pusing pulak area Puchong, Damansara, Batu Caves untuk hantar tempahan cookies..terima kasih la kat abg aku and kak ipar yang sudi tumpangkan kami kat rumah..kalau tak lagi la azab nak cari rumah sewa pulak..time balik training..selalu traffic jam memang binawe..so, hari-hari kami laki bini lepak kat tesco the curve tu..makan mamak takpun restoran Santai..perghh..kecur air liur teringat kerabu mangga dengan puding caramel yang super sedap kat situ.. ahhhh...Ya Allah..kuatkan hati hambaMu....

Panjang berjela la pulak aku membebel..
Dah nanti juling bijik mata kome baca entry panjang-panjang..
Satgi aku sambung lagi...
Nak pi muntah sat...

Bye..

NY


* Everything stated in this entry is PERSONAL VIEW only.
For more information, please contact me in person.