Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 28, 2013

UniKL International Student Exchange Mobility (ISEM) Part II

Salam,

Amboiii..aku tengok hit blog aku kat entry ISEM yang sebelum nie sungguh mengujakan di SINI! Mungkin sebab maklumat mengenai program ISEM ini tak ada officially di mana-mana laman web rasmi. Jadi bila taip ISEM Mara, entry aku yang paling atas. tenkiu Google !

So, bagi menjawab banyak persoalan mengenai ISEM, aku harap dengan wujudnya entry ini, bolehla aku clearkan apa yang patut ye adik-adik :)

Alhamdulillah. Seperti aku bagitau sebelum nie.aku berjaya melayakkan diri untuk menyertai program ISEM nie. masa dapat call dari En. Yusof ( Lecturer UniKL MSI), masa tue aku betul-betul speechless. Aku mati-mati ingat aku tak dapat dah. Seperti kalau diikutkan timeline yang UIO (UniKL International Office) bagi, keputusan sapa yang layak sepatutnya diumumkan bulan May. Aku dapat tau pun kalau tak silap dah bulan 7 dah. Alhamdulillah. Aku melompat-lompat. Nasib baik tak tembus siling rumah aku je. (sungguh hiperbola di situ ye.('_') ) Aku call mak aku. Perghhhhhh !! Masih teringat-ingat perasaan itu!


Bahasa Italy ko!!!


3 orang student terpilih mewakili UniKL MSI. Aku, Amir dan Fazri. So,I was the ONLY girl ! How cool was that ? Masa isi borang, aku pilih UK, tapi untuk program ISEM nie, sebenarnya apabila kita terpilih, UIO akan cuba contact university yang ada course yang coherent dengan course kita, dan bergantung pada respon university samada nak ke tidak. Macam kes kami, kami diterima di University of Trento, ITALY.

ITALY ????  First response aku masa dengar tue, macam rasa agak weird. Jarang student Malaysia melanjutkan pelajaran ke Italy. UK, US atau Aussie tue selalulah aku dengar. Setelah berbincang-bincang dengan family dan lecturer, aku terima. Konflik perasaan dan perang dingin ngan suami (masa tu tunang) tak usah tanya la. Nanti aku cerita next entry ok. :)

Kami akan berlepas bulan 9, jadi terlalu banyak dokumen-dokumen yang perlu disediakan dalam masa yang singkat. Personal essay, placement form, subject transfer form, passport dan yang paling mencabar adalah VISA. Tahukah anda, untuk berada di Italy melebihi 3 bulan memerlukan anda mempunya VISA dari Embassy of Italy di Kuala Lumpur? Proses VISA tu yang menguji keimanan kami. Terpaksa berulang-alik ke embassy dua kali! Kulim - KL tau. Bukan dari Ampang mahupun Bangsar. huhu

MARA akan menanggung ELAUN (flight pergi dan balik, sara hidup, hostel, baju panas) sepanjang di sana. Tambahan kepada pinjaman pelajaran sedia ada. Tapi macam biasa la, kalau score 3.5 CGPA, will be converted into scholarship. Elaun sara diri selama 5 bulan di Malaysia akan dihentikan. Selama lebih kurang 5 bulan disana, elaun diberi berdasarkan currency di sana which is in our case, EURO :) Jangan risau, sememangnya lebih dari cukup untuk hidup di sana. Cukup untuk makan, jalan-jalan, shopping sikit-sikit (banyak-banyak pun InsyaAllah cukup..hehe).Duit diberi secara lump-sum (sekaligus) oleh MARA sebelum kami berlepas.Lebih kurang 3 hari sebelum berlepas. Dalam kes kami, memandangkan kami first cohort, mungkin pihak pengurusan belum cekap lagi. Now, insyaAllah much better.

So, tanggal 10 September 2012, lebih kurang pukul 8 pagi, kami bertiga diterbangkan ke Milan, Italy dengan penerbangan OMAN AIR. Perasaan takut nak naik flight tak payah cakap la.Kami bertiga tak pernah naik flight seumur hidup kot! Al-maklumlah bukan anak orang kaya-kaya kannn..hehe. Perut kecut tak tau nak habaq. Flight kami transit di Oman. Dari KLIA lagi kami dah standby pakai baju tebal-tebal.Almaklumlah nak mendarat kat Italy kannnn...sekali sampai kat Oman, baru ku tahu erti doniaaaaa ! Panas ya amat! Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7 waktu Italy, pukul 3 pagi waktu Malaysia, kami selamat mendarat di Milan, Italy!

Jom layan gambar :)


Family hantar di KLIA. Masa nie perut aku macam ada butterflies kat dalam !


Oman Airport

 Entertainment in the flight. Nice!






The food was really owesome! Super sedap!


Milan Malpensa Airport, Milano, Italy



Finally!  Me in Milan. Muka kepenatan setelah 13 jam dalam flight!


 Next entry aku cerita first day travel di Italy okay :)

P/s: sebarang PERTANYAAN bolehlah tinggalkan COMMENT di entry ini atau di FB :)


Till then. xoxo!

Entry sebelum ini:





4 comments:

Zyad Afiza said...

Question, how did this effect your credit score when you get back to malaysia? As in you know how you need a certain amount of credit hours like 140 or something to graduate, did you still get some credit when you were in italy? students usually take up to 21 per semester in unikl, so did you receive more? or less? or none at all because its a different system??

Nazatul Husna said...
This comment has been removed by the author.
Ammar L said...

Assalamualaikum, saya pun dapat jugak ke ISEM ni tapi ke Paris, akan start class 8 Sept ni tapi MARA tak bagi apa2 lagi info pasal sponsor and Visa you buat berapa lama ambil masa ye? thank you! :)

d e c k said...

Salam, boleh share tak macam mana buat application semua. Procedure dari awal hingga la fly. Sebab saya takda sapa nak guide. btw im from unikl miat6th semester