Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 28, 2013

PRU ke -13. Suami isteri berlainan PARTI?

Assalamualaikum w.b.t,

Bahang pilihanraya mula terasa di seluruh pelusuk negara. Perang bendera, manifesto, banner ...toksah cakap la. Meriah sungguh uollsss! Tu belum masuk perang kat FB dan Twitter lagi tue.Panasss!!!Panass!!!

Kalau yang ada akaun FB aku dan suami aku, mesti perasaan. Aku dan suami aku meyokong parti yang berbeza! Hubby pro-pembangkang. Dan aku memang turun-temurun merupakan legacy UMNO. Ramai yang tanya, macam mana kami deal our situation. Kalau baca wall FB hubby, memang boleh kena heart-attack! Dia punya kempen tu memang kaw-kawww!!!!  Tapi FB aku tetap sepi dari sebarang post berunsur politik. Cuma kadang aku post ke Instagram gambar event-event BN yang aku join.

Well, aku dibesarkan dalam dunia politik. Mak aku penah kata, baru lepas pantang lahirkan aku, mak dah bawak aku ke Perak untuk menghadiri kursus. Naik bas tau! Dulu kan susah, tak senang macam sekarang.
Drai kecik aku tengok mak aku bergiat dalam politik sampai sekarang mak jadi AJK UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu.Kemudian bila puteri UMNO ditubuhkan, kakak aku pulak menjadi pelapis pertama sewaktu pertubuhan puteri diwujudkan. Kakak pun sama, sekarang dia AJK Puteri UMNO Bahagian. So, secara tak lansung, aku pun selalu terlibat dalam aktiviti-aktiviti anjuran UMNO sejak dari kecik lagi.

Penglibatan official aku yang sulung sewaktu umur 16 tahun kalau tak silap atau lebih muda lagi. Aku pun tak berapa nak ingat. Aku join kursus BTN anjuran Puteri UMNO di Sik. Itu kali pertama tapi aku terus jatuh cinta. Sebab aku diajar macam mana nak buat public speech. Dari situlah jugak aku sedar I have the ability to speak in front of the public! That moment boosted my confidence level up to the sky. I saw myself from different perspective and saw a new me. Then, banyak lagi aktiviti dan kursus yang aku join. Aku ambik kesempatan untuk bercakap.Menonjol menjadi leader. Semua tu aku asah semasa kursus dan aktiviti yang Puteri UMNO anjurkan. Semua skill tue melayakkanku menjawat pelbagai jawatan bila aku masuk ke SBPI Gombak, Bayangkanlah di SMKAB aku tak dilantik sebarang jawatan, bila pindah ke SBPIG, aku pegang 8 jawatan sekaligus! That's really helped my teenage life. Sehinggalah aku decide untuk jadi Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa UniKL MSI. Yes, Puteri UMNO Kulim Bandar/Baharu did!


Then, pilihanraya 2008, BN kalah di Kedah. Sejak itu tiada lagi kursus dianjurkan. Aktiviti pun suam-suam kuku. Semuanya hilang. Aku rindu nak join aktiviti-aktiviti macam dulu. Aku personally tak suka menghadiri majlis-majlis yang hanya menempekkan muka atau bersorak-sorak. Aku suka event yang aku boleh menyumbangkan dalam bentuk apa sekalipun. Event yang boleh bagi benefits. Yang boleh inspired aku in any way. Aku TAK MAHU menjadi follower yang setia membabi-buta. Bila ada yang tak kena, merajuk, lupa segala. Atau bila ditujal pihak lawan. melenting macam kena minyak panas. Bagi aku FOUNDATION kena kuat.Kena tanam dalam diri.ILMU kena ada. Semua tue perlu untuk jadi follower dan back-up yang baik bagi setiap parti atau pemimpin. Dan itu telah HILANG sejak badai PRU 2008 melanda negeri Kedah. Muka-muka lama hilang ditelan arus tsunami PRU ke-12. Muka-muka baru yang muncul, tenggelam dan timbul. Kalau yang stay pun, aku dah tak rasa ukhwah atau sisterhood macam dulu. Jumpa beratus kali, tapi tak pernah bertegur sapa. Yang disondol-sondol cuma orang atasan atau yang berkuasa. Dulu bila berkursus sekali, memberikan kami 1001 cara untuk berkomunikasi. Now, it's gone. Kosong. Sekosong kepala aku dengan maklumat yang dulunya aku rasa PADAT. 5 tahun yang dulu.


Keadaan yang sama aku rasakan dikala PRU Ke-13 menjelang. Mak dan kakak sibuk berkempen. Kadang-kadang aku join jugak tolong apa yang patut. Dalam kesibukan aku menyiapkan FYP, aku curi-curi masa untuk join. Apabila diumumkan Kak Sabrina, Ketua Puteri UMNO KBB bertanding di DUN Bandar Baharu, aku turut teruja. Dalam sedih. Gembira sebab akhirnya orang nampak how good she is. Sedih sebab dia bertanding di Bandar Baharu, bukannya Kulim. Dia bukan malaikat. Dia bukanlah perfect Aku kenal dia sejak dia bujang sampailah sekarang beranak dua. She is a good leader. She inspired me. Semoga Allah merahmati usaha Kak Sab.


Jauhnya aku menyimpan kan?hahaha


Well, pasal kami suami isteri. Aku suka berdebat dan mempertikaikan setiap isu. Jadi, dialah lawan dan musuh dalam hal sebegini. Aku bersyukur. Dia bawak aku berfikir di luar kotak. Jauh dari apa yang pernah aku nampak dan bayangkan. Setiap apa yang dia kata atau post di FB, dia akan buat research dan cari dasar dulu. Tapi biasa la, dia pun manusia. Kadang-kadang nampak jugak bias tu. Memandangkan aku sibuk dengan FYP, aku tak banyak membaca atau godek-godek pasal isu-isu semasa. Dialah yang selalu update aku yang sering ketinggalan nie. Yang paling aku hormati, dia takkan sentuh isu-isu peribadi pemimpin. Tak kisahla pembangkang atau kerajaan. Yang dia utamakan, isu-isu semasa dan ekonomi. Sekiranya apa yang ditanya atau dipersoal itu luar dari pengetahuan dia, dia akan mintak masa untuk cari sumber rujukan, then, dia akan jawab bila dia dah yakin dan tahu. Dia tak mudah melenting bila orang menujah-nujah atau buat provokasi. Aku sangat kagum dan hormat cara dia.


Kadang-kadang dia provok jugak aku tapi dalam nada bergurau. Bagus jugak berlainan parti, kami selalu bincang dan tukar pendapat. Kami saling hormat pendirian masing-masing. Takdelah kami syok sendiri merasakan diri nie betul dalam menilai setiap isu. Bergaduh? Alhamdulillah tak pernah lagi la. Dia tak menghalang aku untuk join aktiviti dengan UMNO dengan syarat aku jaga tatasusila sebagai seorang isteri. Kadang-kadang kalau aku tak puas hati apa-apa, dia jugaklah tempat aku meluah perasaan. So, basically dia tau la semua fault dalam organisasi yang aku join. Tapi dia tak pernah guna isu-isu tue dalam post dia atau untuk provokasi . hahaha!


Tak kiralah berlainan parti atau bangsa. Yang penting jangan lupa apa yang penting. HUBUNGAN sesama manusia WAJIB dijaga! Walaupun dia pembangkang, mana tau dia pangkah kerajaan? Atau sebaliknya?
Tak kisahlah anda pro apa sekalipun, jangan nafikan yang hak dan batil. 
Salah tetap salah. Haram tetap haram. Guna akal untuk nilai ! Heeee~

Jangan lupa keluar mengundi bagi yang layak.So, anda undi apa?

UNDI adalah RAHSIA. Ini kalilah. Eh????

Credit: Google

No comments: