Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 28, 2013

Pertandingan Andaman Pengantin anjuran MARA Negeri Kedah

Salam,

Jumaat lepas aku dan rakan-rakan seangkatan dah submit Final Draft FYP kami dengan selamatnya. Alhamdulillah. Sekarang just getting ready for presentation jelah. Hopefully, everything will be perfectly okay. Yes, PERFECTLY!

So, memandangkan menyiapkan FYP merupakan punca stress yang memang tak dapat dinafikan lagi, aku telah men'join'kan diri aku dalam satu pertandingan andaman pengantin anjuran MARA Negeri Kedah. Kalau nak diikutkan hati kecik aku nie, sememangnya aku lansung tidak berminat dengan pertandingan sebegini. Aku sedar akan hakikat diriku ini yang sememangnya dilahirkan cuma untuk menatap buku dan kertas-kertas ilmiah. Tapi bila mengenangkan dapat SIJIL dari MARA Kedah weyh! Bunyi macam syokkkkkk ja~~lalallaa....

Berbekalkan keyakinan yang memang TAK ADA ini, aku gagahi jugak la kaki kedingku ini ke pertandingan tersebut. (eyh, bajet jalan kaki pi Kulim ka ?). Dengan muka yang tak semenggah tapi gigih jugak nak kumpul sijil, aku kuatkan semangat!hahaha. So, aku pakai wedding dress aku hari tue la. DAh confirm aku je yang muat kan, nak tak nak aku jugak la jadi model tukang pakai nya..:P

MUA aku Kak Lily, pemilik butik Mutiara Indah Beauty Center, Sungai Kob. Memang skill dia power, dulu penah make up akad nikah kat dia. So, bila sampai tengok yang join semua memang model-model tahap gaban dah! Semua dok sembang pasal photoshoot la, event la, job sana-sini la..Ohhhhhh, terasa kerdil sungguh di situ sebab dalam kepala aku cuma ada efwaipiiiiii saja.

Kami TAK menang! Yeayyyyyyyy!!! (boleh gembira jugak ka?)..hahaha..tapi memang syok la. Satu pengalaman baru. Kenal orang-orang baru. Totally worth it!!! At the end of the day, aku memang tak menyesal. Aku cuma student engineering yang super-duper nerd. Buruk toksah cerita la. Hampa takyah kata, aku tawww!!hahaha... Tapi, Allah bagi aku kesempatan untuk alami satu lagi pengalaman hidup..kenai orang-orang baru..The girls are amazing! Subhanallah :) . So lepas nie kalau aku nak release new collection untuk butik online aku, dah takde masalah la nak cari model comel-comel. yeayyyy ~~

Gambar hasil make-up Kak Lily dan gambaq perasan aku.Layankan aje. Tak suka, boleh tekan butang pangkah macam biasa la nooo..hehehe


Make up by Kak Lily Oodin

Ceteka kat mana?

Dinding toilet jadi pilihan.LOL

Catwalk tak tentu hala

Amboi posing tah hengat kau jemahhhh



Bersama model-model hebat lain.Yang tengah (Pink) tu menang no2. Yang merah tu No:3


Semua cantik kecuali aku yang pelik sorang-sorang tang tu.Isk.Isk.Isk.



No comments: