Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 30, 2013

International Student Exchange Mobility, Italy : PART III

Assalamualaikum w.b.t,

So, last entry aku dah cerita dari mula aku terpilih sampailah aku mendarat di Milan Malpensa Airport, Italy.
Aku tengah siapkan slideshow untuk FYP presentation on this coming Thursday. But still, nak jugak tulih!



Setibanya kami di luar ARRIVAL gate, kami terus mencari-cari kaunter pertanyaan untuk sambung perjalanan kami ke Trento. Percaya tak percaya, depa semua cakap Italy ja wei! Sekoq pun tak reti cakap english! Sudahh!!! Nasib baiklah akak yang jaga kaunter tiket train boleh la gagah cakap broken english. Setelah kami pinjam komputer dia sat untuk check itinerary, kami nampak kemustahilan untuk kami sampai ke Trento malam jugak memandangkan untuk sampai ke Trento, kami perlu bertukar train sebanyak 3 kali. Jadi, kami decided untuk stay di Milan Malpensa Airport sehingga pagi untuk catch the earliest train in the next morning.



Sesampainya aku dibumi asing itu, aku telah berjaya melakukan kebodohan yang pertama. Aku beli phone-card berharga 20 Euro (RM80)!Tahniah Nonie, tahniah!!!! Huhuhu..Aku call hubby tak dapat. Yelah Malaysia tengah pagi buta time tu kan. Tapi aku berjaya call mak (yippie!) dan bagitau yang kami dah selamat sampai.  Sampai sekarang baki credit dalam phone-card tu banyak lagi sebab aku guna masa sampai tue je.huhuhu.. Al-maklumlah masa tu kan bawak cash banyak, 20 euro tu aku rasa macam 20 hengget jelah. Danggggggg!!!

So, kami tidur bergilir-gilir di atas kerusi di airport. Sedih! rasa macam pelarian pun ada. Wahaha~
Solat pun selamba ja hampar sejadah semayang kat situ jugak. Nasib baik takde extremis kata kami nie terrorist ke ape ke. Almaklumlah aku kan pakai tudung. Semua orang perasan kami ni Muslim pun sebab tudung aku :)

Amir dan diarinya

So, lebih kurang pukul 6.30 pagi waktu Italy, kami berjaya catch the train from Milan Malpensa Airport to Milan Centrale. The cost of the ticket was 10 Euro.Masalah terbesar aku adalah beg and luggage aku yang SANGAT BERAT! Nasib baiklah Amir baik hati tukar luggage dia ngan aku. So, dialah yang mengheret luggage aku tu di Milan! Tenkiu Amir!!! Sob! Sob! Sob! Tu belum kira beg yang aku galas. Kalau dari jauh korang tengok , mesti korang mati-mati ingat beg berjalan sendiri.

Catching the train to Milan Centrale

So, setibanya kami di Milan Centrale lebih kurang selepas sejam perjalanan, terus bergegas beli tiket untuk ke next station which is Verona Porta Nuova. Masa kami beli tiket tu, lebih kurang lagi 5 minit train nak bergerak. Train kat sini memang on-time. Tak kira la ko sape, anak raja ke, cucu Genghis Khan ke...memang diorang tak pedulik! Cukup time je dia jalannnnnn~ So, masa tu kami pun takberapa paham sistem train kat sana. Nak mencari platform train cukuplah menyeksakan. Tapi aku untung sebab pompuan. So, aku ditugaskan menjaga beg sementara Amir dan Fazri berlari-lari mencari platform. hehe. Milan Centrale adalah tempat pertama aku jumpa ramai orang di Italy. The real Italians were everywhere. Semua pakai cantik-cantik. Yang perempuan semua cun-cun. Yang lelaki semua smart-smart berkot dan berkasut kulit. Siap bawak briefcase lagi tau. Omaigaddd!! Tergoda iman!!! So, setelah confirm platform mana train yang kami patut naik, terus berlari-lari macam orang gila. Dah la beg berat! Masa tu dalam hati aku "Kalau aku pengsan pun, pengsanlah!". Seriously, moment yang paling mencabar time tu.

Milan Centrale

Reaching Milan Centrale Railway Stazione

Milan Centrale that connecting trains from several European Countries

Perjalanan dari Milan Centrale ke Verona mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami beli tiket train yang laju berharga 21 Euro memandangkan kami perlu sampai di Trento secepat mungkin untuk pendaftaran. Di Verona, kami transit selama 1 jam dan bertolak ke Trento lebih kurang pukul 1 petang. Di Verona, ada McD tapi  pasti la tak halal kan. Hamburger kat situ memang betul-betul ham.eiyuwwww~ Memandangkan perut dah berkeroncong tahap lapan, kami just beli air dan potato chips di kedai serbanika di situ dan benda bodoh kedua berlaku.

Aku dan Amir beli air mineral. Bila bukak peti as di kedai tu, ada 2 jenis air mineral (aqua minerale) . Satu botol jernih macam kat Malaysia, satu lagi botol berwarna biru gelap sikit. Aku pun teruja sebab botol tu nampak comey dan begitu cute sekali. Aku pun dengan penuh kebanggaan beli la yang kaler biru tu. Bila minum, nasib baik tak tersembur! Rupa-rupanya air mineral botol biru adalah air mineral bergas atau di Italy dilabel "frizzante". ("_") . Tu belum kira masuk toilet kena bayar 0.8 Euro (RM3.20). Patut la negara depa kaya nooo.. (tu yang aku fikir la time tu, noob me!)



So, from Verona to Trento took about 2 hours if im not mistaken. 16 Euro for the ticket. Yang paling best, kami terpaksa berdiri sebab semua seat penuh! Perghhhh, rasa adventurous habis la time tu. So, kami buat port sendiri kat bahagian pintu masuk dan keluar. Kiranya kami tak duduk dalam gerabak tempat duduk penumpang. Pemandangan dari Verona ke Trento sangat amazing! Kawasan pergunungan yang Subhanallah cantiknya. Bersyukur sangat kami decided untuk ke Italy instead of UK. :)

Kami sampai di Trento lebih kurang pukul 3 petang. Terus ambil taxi ke Welcome Office of University of Trento. First impression about Trento, speechless. Beautiful indeed! Sebuah pekan kecil with historical buildings. Will tell you guys more about Trento later. :) Terbayang-bayang di mata keindahan pekan Trento. Oh, I miss Trento so much :(

Travel Cost:
Milan Malpensa Airport - Milan Centrale : 10 Euro
Milan Centrale - Verona Porta Nuova : 21 Euro
Verona Porta Nuova - Trento : 16 Euro
Total: 47 Euro

* Actually, ada je tiket yang lebih murah tapi of course masa perjalanan lebih lama, since kami perlu sampai as soon as possible for registration, terpaksalah beli tiket yang paling cepat dan train yang paling laju! :)

Till then. xoxo



Entry sebelum ini: 







1 comment:

Fariqh TM said...

bestnya dpt listed dlm ISEM.... insyalla akan berusaha utk dpt result baik time msuk unikl t...amin....