Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 21, 2013

PDC STR**D-MARA Program 2013

Assalamualaikum w.b.t,

Wah! lama betul tak membebel kat sini. Passion nak menulis dah kurang kot. Semua dok berlegar dalam kepala je, jari-jemari malas betoi nak menaip!Haish!

Well, since ramai dok tanya pasal PDC STR**D-MARA Program yang aku join, I decided to write an entry about it. Hopefully this might help the future candidates who interested to join this program.


Macam mana aku tau pasal program ni?

I received a call from UIO (UniKL International Office) on Wednesday (6 Nov) and the officer informed me  roughly the details of this program and asked whether I was interested or not. So, why not? So they asked me to send my CV immediately and I did. The next day, I received this email:


Mula-mula memang tak berapa faham sangat pasal program ni. Nak join pun 50-50 je. But then, after discussed with my husband, he encouraged me to attend the interview session first to gain more information regarding this program, then I should decide whether I want to join this or not. Fair enough. So, since Qahar was having his mid-term exam, I took a bus to KL.


The interview session?


1st Session (11 Nov)

4 days interview sessions. So the interview started from Monday (11 Nov) at 9 a.m. Masa first day, mostly all candidates cuma di brief mengenai STR**D  dan mengenai program yang ditawarkan. It is a part of Economic Transformation Plan (ETP). This program is a collaboration between STR**D and MARA to find 20 bright students in various engineering field. Candidates yang layak akan menjalani program Master in Engineering selama setahun di Glyndwr University, Wales, UK dengan pembiayaan dari MARA. Selepas setahun, all the candidates will return to Malaysia and serve STR**D for 3 years (bond).

My first impression. Erm..not bad! Peluang untuk buat master setahun di UK dan peluang pekerjaan yang terbentang luas di STR**D seperti dijanjikan. Ok, I am definitely interested! The interview sessions were conducted by STR**D. Seramai lebih kurang 65 orang students UniKL yang submit CV, tapi masa first day interview, hanya 44 orang sahaja yang berminat dan stay.  Ada ramai jugak yang datang, then balik. Well, kalau tak minat takkan nak paksa diri kan? At first, STR**D decided nak pilih 40 sahaja (daripada 65 orang more or less) untuk layak ke second session, on the next Wednesday (13 Nov). But, since yang tinggal 44 je, they decided untuk keep all the candidates for the next session. :)

So, besides briefing session, ada Communication Assessment , Career Talk and Group Project during the first day. Lebih kurang pukul 6 petang baru habis.

To be continued...


* Everything stated in this entry is PERSONAL VIEW only.
For more information, please contact me in person.

Friday, September 27, 2013

Borang Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA

***Edited on 25th February 2016: 
Kadar pengurangan mungkin berbeza mengikut yang tertakluk di dalam perjanjian MARA pelajar. 

Kepada Pelajar yang baru Bergraduat,
Pesanan daripada Bahagian Kawalan Kredit (BKK) MARA

Anda semua digalakkan untuk mendaftar dengan Bahagian Kawalan Kredit (BKK) MARA dalam tempoh 6 bulan selepas Konvokesyen untuk hal-hal pinjaman pelajaran MARA termasuk pengurangan pinjaman. Selepas tempoh 6 bulan tersebut, MARA akan BLACKLIST pelajar yang tidak berbuat demikian. Pelajar yang disenarai hitam tidak akan diberi sebarang pengurangan bayaran pinjaman.

Tarif pengurangan seperti berikut:

Final CGPA % Pengurangan (Hanya bagi yang mendaftar dengan BKK sahaja)
≥ 3.5 0% 0%
3.00 – 3.49 10%
2.50 – 2.99 25%
2.00 – 2.49 50%

Peringatan: Pengurangan tidak akan diberi secara AUTOMATIK.

Sekian, harap maklum.
Sumber: AcMD Chancellery



Dapatkan BORANG di sini: 


Hope this might help :)

NY

Saturday, June 8, 2013

UniKL ISEM Official Website

Assalamualaikum w.b.t,

The official website for UniKL ISEM programme has been launched. 

Check it out for more information regarding this program!


Click HERE:  http://www.unikl.edu.my/web/unikl/isem



P/s: Famous sweater superman aku ni! Dari Malaysia ke Italy gituwww..keh3 :P

Good Luck!

Till then,
NY

4 years journey ended.

Assalamualaikum w.b.t,

Wow! Lama tak conteng kan. Last 2 month kemain semangat hapdet everyday.
May busy dengan final exam. Then start cuti semester, banyak relax dan jalan-jalan.
Alhamdulillah. Sedar tak sedar dah June dah pun.
Haish. 2 bulan lagi nak menyambut hari tua.
Cepat btol masa berlalu.

Alhamdulillah few days ago result for my 8th semester has been released.
Syukur. Unexpectedly, finally I made it. 4 flat!
Alhamdulillah.
Tak sangka.
Rezeki orang kawen :)
AI, MV dan Falsafah dan memang target A.
Cuma Final Year Project yang 6 credits tu yang tak sangka.
Masa present tengok project orang lain semua hebat-hebat belaka.
Rasa macam project sendiri terlalu senang dan simple.
(Walhal hat tue pun terkial-kial nak settle kan!)
Subhanallah! Miracles happened again for the third time.

First time, for subject Engineering Drawing dulu, tak siapkan Final Project, dapat A.
Second time, for subject EMF, sepatutnya jawab 4 dari 5 soalan, aku jawab 2 soalan, terus keluar, dapat A.
Third time, my FYP.
Alhamdulillah.
Allah knows the best.

So, final CGPA for my degree in Mechatronics (Automotive) is 3.84.
Alhamdulillah naik dari last semester.
Good enough for me.
Walaupun Engineering bukan passion aku. Bukan minat aku.
Alhamdulillah, aku rasa I gave my best dan tunaikan tanggungjawab aku sebaiknya as an Engineering student.
Yang penting pinjaman MARA aku automatically will be converted into scholarship.
Alhamdulillah. Thanks MARA :)


All these I dedicated to my mom who always support me along this journey.
And of course my husband who always here for me.Holding me tightly in any situation.
We've made it! :)

Next plan?
InsyaAllah I'm working out something.
A new project.
Doakan yang baik-baik saja.

Sambung master?
InsyaAllah dengan izinNya sekiranya ada rezeki.
Tapi yang pasti bukan engineering lagi lah. heeee~
InsyaAllah nak study bidang yang aku minat pulak
And let's see how I'm gonna deal with it later. :)





"The road to success is not straight. There is a curb called Failure, a loop called Confusion; speed bumps called Friends; red lights called Enemies;caution lights called Family. You will have flats called jobs. But, if you have a spare called Determination; an engine called Perseverance; insurance called Faith, and a driver called Allah, you will make it to a place called Success!! "

Tuesday, April 30, 2013

International Student Exchange Mobility, Italy : PART III

Assalamualaikum w.b.t,

So, last entry aku dah cerita dari mula aku terpilih sampailah aku mendarat di Milan Malpensa Airport, Italy.
Aku tengah siapkan slideshow untuk FYP presentation on this coming Thursday. But still, nak jugak tulih!



Setibanya kami di luar ARRIVAL gate, kami terus mencari-cari kaunter pertanyaan untuk sambung perjalanan kami ke Trento. Percaya tak percaya, depa semua cakap Italy ja wei! Sekoq pun tak reti cakap english! Sudahh!!! Nasib baiklah akak yang jaga kaunter tiket train boleh la gagah cakap broken english. Setelah kami pinjam komputer dia sat untuk check itinerary, kami nampak kemustahilan untuk kami sampai ke Trento malam jugak memandangkan untuk sampai ke Trento, kami perlu bertukar train sebanyak 3 kali. Jadi, kami decided untuk stay di Milan Malpensa Airport sehingga pagi untuk catch the earliest train in the next morning.



Sesampainya aku dibumi asing itu, aku telah berjaya melakukan kebodohan yang pertama. Aku beli phone-card berharga 20 Euro (RM80)!Tahniah Nonie, tahniah!!!! Huhuhu..Aku call hubby tak dapat. Yelah Malaysia tengah pagi buta time tu kan. Tapi aku berjaya call mak (yippie!) dan bagitau yang kami dah selamat sampai.  Sampai sekarang baki credit dalam phone-card tu banyak lagi sebab aku guna masa sampai tue je.huhuhu.. Al-maklumlah masa tu kan bawak cash banyak, 20 euro tu aku rasa macam 20 hengget jelah. Danggggggg!!!

So, kami tidur bergilir-gilir di atas kerusi di airport. Sedih! rasa macam pelarian pun ada. Wahaha~
Solat pun selamba ja hampar sejadah semayang kat situ jugak. Nasib baik takde extremis kata kami nie terrorist ke ape ke. Almaklumlah aku kan pakai tudung. Semua orang perasan kami ni Muslim pun sebab tudung aku :)

Amir dan diarinya

So, lebih kurang pukul 6.30 pagi waktu Italy, kami berjaya catch the train from Milan Malpensa Airport to Milan Centrale. The cost of the ticket was 10 Euro.Masalah terbesar aku adalah beg and luggage aku yang SANGAT BERAT! Nasib baiklah Amir baik hati tukar luggage dia ngan aku. So, dialah yang mengheret luggage aku tu di Milan! Tenkiu Amir!!! Sob! Sob! Sob! Tu belum kira beg yang aku galas. Kalau dari jauh korang tengok , mesti korang mati-mati ingat beg berjalan sendiri.

Catching the train to Milan Centrale

So, setibanya kami di Milan Centrale lebih kurang selepas sejam perjalanan, terus bergegas beli tiket untuk ke next station which is Verona Porta Nuova. Masa kami beli tiket tu, lebih kurang lagi 5 minit train nak bergerak. Train kat sini memang on-time. Tak kira la ko sape, anak raja ke, cucu Genghis Khan ke...memang diorang tak pedulik! Cukup time je dia jalannnnnn~ So, masa tu kami pun takberapa paham sistem train kat sana. Nak mencari platform train cukuplah menyeksakan. Tapi aku untung sebab pompuan. So, aku ditugaskan menjaga beg sementara Amir dan Fazri berlari-lari mencari platform. hehe. Milan Centrale adalah tempat pertama aku jumpa ramai orang di Italy. The real Italians were everywhere. Semua pakai cantik-cantik. Yang perempuan semua cun-cun. Yang lelaki semua smart-smart berkot dan berkasut kulit. Siap bawak briefcase lagi tau. Omaigaddd!! Tergoda iman!!! So, setelah confirm platform mana train yang kami patut naik, terus berlari-lari macam orang gila. Dah la beg berat! Masa tu dalam hati aku "Kalau aku pengsan pun, pengsanlah!". Seriously, moment yang paling mencabar time tu.

Milan Centrale

Reaching Milan Centrale Railway Stazione

Milan Centrale that connecting trains from several European Countries

Perjalanan dari Milan Centrale ke Verona mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami beli tiket train yang laju berharga 21 Euro memandangkan kami perlu sampai di Trento secepat mungkin untuk pendaftaran. Di Verona, kami transit selama 1 jam dan bertolak ke Trento lebih kurang pukul 1 petang. Di Verona, ada McD tapi  pasti la tak halal kan. Hamburger kat situ memang betul-betul ham.eiyuwwww~ Memandangkan perut dah berkeroncong tahap lapan, kami just beli air dan potato chips di kedai serbanika di situ dan benda bodoh kedua berlaku.

Aku dan Amir beli air mineral. Bila bukak peti as di kedai tu, ada 2 jenis air mineral (aqua minerale) . Satu botol jernih macam kat Malaysia, satu lagi botol berwarna biru gelap sikit. Aku pun teruja sebab botol tu nampak comey dan begitu cute sekali. Aku pun dengan penuh kebanggaan beli la yang kaler biru tu. Bila minum, nasib baik tak tersembur! Rupa-rupanya air mineral botol biru adalah air mineral bergas atau di Italy dilabel "frizzante". ("_") . Tu belum kira masuk toilet kena bayar 0.8 Euro (RM3.20). Patut la negara depa kaya nooo.. (tu yang aku fikir la time tu, noob me!)



So, from Verona to Trento took about 2 hours if im not mistaken. 16 Euro for the ticket. Yang paling best, kami terpaksa berdiri sebab semua seat penuh! Perghhhh, rasa adventurous habis la time tu. So, kami buat port sendiri kat bahagian pintu masuk dan keluar. Kiranya kami tak duduk dalam gerabak tempat duduk penumpang. Pemandangan dari Verona ke Trento sangat amazing! Kawasan pergunungan yang Subhanallah cantiknya. Bersyukur sangat kami decided untuk ke Italy instead of UK. :)

Kami sampai di Trento lebih kurang pukul 3 petang. Terus ambil taxi ke Welcome Office of University of Trento. First impression about Trento, speechless. Beautiful indeed! Sebuah pekan kecil with historical buildings. Will tell you guys more about Trento later. :) Terbayang-bayang di mata keindahan pekan Trento. Oh, I miss Trento so much :(

Travel Cost:
Milan Malpensa Airport - Milan Centrale : 10 Euro
Milan Centrale - Verona Porta Nuova : 21 Euro
Verona Porta Nuova - Trento : 16 Euro
Total: 47 Euro

* Actually, ada je tiket yang lebih murah tapi of course masa perjalanan lebih lama, since kami perlu sampai as soon as possible for registration, terpaksalah beli tiket yang paling cepat dan train yang paling laju! :)

Till then. xoxo



Entry sebelum ini: 







Monday, April 29, 2013

Solemnization Day: 24th August 2012

Assalamualaikum w.b.t,

Tulis entry bertalu-talu.
Rasa tak sabar nak recall everthing.
Bila menulis.
Rasa macam that beautiful moment keep coming back in my mind. 



So, di awal perancangan masa bertunang, sepatutnya kami akan disatukan bulan 12 2012.
Masa bertunang tue, tak tau pun kata nak dapat pi Italy kan :)

So, setelah confirm tawaran ke Italy, terus kami kalut-kalut buat persiapan.

Alhamdulillah 24th August, kami telah selamat disatukan di Masjid Sungai Kob. 
Rasa macam semuanya berlaku terlalu pantas.
Akhirnya aku selamat bergelar isteri kepada Abdul Qahar Md. Salleh.
Sob! Sob! Sob!

So, memandangkan lebih kurang seminggu kemudian aku akan terbang ke Italy.
Kenduri akad nikah pun besar la sikit.


Dengan sekali lafaz

 Shila jeles! Weeekkkk :P

Da, bakal naik pelamin tahun depan

  Time nie aku pun menangis sekali :(

Officially husband and wife

Us against the world :)

Eyh, baru kahwin dah berderet anak?

Member-member di SMKAB (Efa, Syirul, AKU, Chibie, Kak Wan dan Adik Syirul)

Hazim (kawan KYUEM) ngan Bezek (pakwe Efa) pun mai :)

With Qahar's family

My Family :)


Semoga rumahtangga kami sentiasa diberkati Allah :)


Sunday, April 28, 2013

PRU ke -13. Suami isteri berlainan PARTI?

Assalamualaikum w.b.t,

Bahang pilihanraya mula terasa di seluruh pelusuk negara. Perang bendera, manifesto, banner ...toksah cakap la. Meriah sungguh uollsss! Tu belum masuk perang kat FB dan Twitter lagi tue.Panasss!!!Panass!!!

Kalau yang ada akaun FB aku dan suami aku, mesti perasaan. Aku dan suami aku meyokong parti yang berbeza! Hubby pro-pembangkang. Dan aku memang turun-temurun merupakan legacy UMNO. Ramai yang tanya, macam mana kami deal our situation. Kalau baca wall FB hubby, memang boleh kena heart-attack! Dia punya kempen tu memang kaw-kawww!!!!  Tapi FB aku tetap sepi dari sebarang post berunsur politik. Cuma kadang aku post ke Instagram gambar event-event BN yang aku join.

Well, aku dibesarkan dalam dunia politik. Mak aku penah kata, baru lepas pantang lahirkan aku, mak dah bawak aku ke Perak untuk menghadiri kursus. Naik bas tau! Dulu kan susah, tak senang macam sekarang.
Drai kecik aku tengok mak aku bergiat dalam politik sampai sekarang mak jadi AJK UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu.Kemudian bila puteri UMNO ditubuhkan, kakak aku pulak menjadi pelapis pertama sewaktu pertubuhan puteri diwujudkan. Kakak pun sama, sekarang dia AJK Puteri UMNO Bahagian. So, secara tak lansung, aku pun selalu terlibat dalam aktiviti-aktiviti anjuran UMNO sejak dari kecik lagi.

Penglibatan official aku yang sulung sewaktu umur 16 tahun kalau tak silap atau lebih muda lagi. Aku pun tak berapa nak ingat. Aku join kursus BTN anjuran Puteri UMNO di Sik. Itu kali pertama tapi aku terus jatuh cinta. Sebab aku diajar macam mana nak buat public speech. Dari situlah jugak aku sedar I have the ability to speak in front of the public! That moment boosted my confidence level up to the sky. I saw myself from different perspective and saw a new me. Then, banyak lagi aktiviti dan kursus yang aku join. Aku ambik kesempatan untuk bercakap.Menonjol menjadi leader. Semua tu aku asah semasa kursus dan aktiviti yang Puteri UMNO anjurkan. Semua skill tue melayakkanku menjawat pelbagai jawatan bila aku masuk ke SBPI Gombak, Bayangkanlah di SMKAB aku tak dilantik sebarang jawatan, bila pindah ke SBPIG, aku pegang 8 jawatan sekaligus! That's really helped my teenage life. Sehinggalah aku decide untuk jadi Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa UniKL MSI. Yes, Puteri UMNO Kulim Bandar/Baharu did!


Then, pilihanraya 2008, BN kalah di Kedah. Sejak itu tiada lagi kursus dianjurkan. Aktiviti pun suam-suam kuku. Semuanya hilang. Aku rindu nak join aktiviti-aktiviti macam dulu. Aku personally tak suka menghadiri majlis-majlis yang hanya menempekkan muka atau bersorak-sorak. Aku suka event yang aku boleh menyumbangkan dalam bentuk apa sekalipun. Event yang boleh bagi benefits. Yang boleh inspired aku in any way. Aku TAK MAHU menjadi follower yang setia membabi-buta. Bila ada yang tak kena, merajuk, lupa segala. Atau bila ditujal pihak lawan. melenting macam kena minyak panas. Bagi aku FOUNDATION kena kuat.Kena tanam dalam diri.ILMU kena ada. Semua tue perlu untuk jadi follower dan back-up yang baik bagi setiap parti atau pemimpin. Dan itu telah HILANG sejak badai PRU 2008 melanda negeri Kedah. Muka-muka lama hilang ditelan arus tsunami PRU ke-12. Muka-muka baru yang muncul, tenggelam dan timbul. Kalau yang stay pun, aku dah tak rasa ukhwah atau sisterhood macam dulu. Jumpa beratus kali, tapi tak pernah bertegur sapa. Yang disondol-sondol cuma orang atasan atau yang berkuasa. Dulu bila berkursus sekali, memberikan kami 1001 cara untuk berkomunikasi. Now, it's gone. Kosong. Sekosong kepala aku dengan maklumat yang dulunya aku rasa PADAT. 5 tahun yang dulu.


Keadaan yang sama aku rasakan dikala PRU Ke-13 menjelang. Mak dan kakak sibuk berkempen. Kadang-kadang aku join jugak tolong apa yang patut. Dalam kesibukan aku menyiapkan FYP, aku curi-curi masa untuk join. Apabila diumumkan Kak Sabrina, Ketua Puteri UMNO KBB bertanding di DUN Bandar Baharu, aku turut teruja. Dalam sedih. Gembira sebab akhirnya orang nampak how good she is. Sedih sebab dia bertanding di Bandar Baharu, bukannya Kulim. Dia bukan malaikat. Dia bukanlah perfect Aku kenal dia sejak dia bujang sampailah sekarang beranak dua. She is a good leader. She inspired me. Semoga Allah merahmati usaha Kak Sab.


Jauhnya aku menyimpan kan?hahaha


Well, pasal kami suami isteri. Aku suka berdebat dan mempertikaikan setiap isu. Jadi, dialah lawan dan musuh dalam hal sebegini. Aku bersyukur. Dia bawak aku berfikir di luar kotak. Jauh dari apa yang pernah aku nampak dan bayangkan. Setiap apa yang dia kata atau post di FB, dia akan buat research dan cari dasar dulu. Tapi biasa la, dia pun manusia. Kadang-kadang nampak jugak bias tu. Memandangkan aku sibuk dengan FYP, aku tak banyak membaca atau godek-godek pasal isu-isu semasa. Dialah yang selalu update aku yang sering ketinggalan nie. Yang paling aku hormati, dia takkan sentuh isu-isu peribadi pemimpin. Tak kisahla pembangkang atau kerajaan. Yang dia utamakan, isu-isu semasa dan ekonomi. Sekiranya apa yang ditanya atau dipersoal itu luar dari pengetahuan dia, dia akan mintak masa untuk cari sumber rujukan, then, dia akan jawab bila dia dah yakin dan tahu. Dia tak mudah melenting bila orang menujah-nujah atau buat provokasi. Aku sangat kagum dan hormat cara dia.


Kadang-kadang dia provok jugak aku tapi dalam nada bergurau. Bagus jugak berlainan parti, kami selalu bincang dan tukar pendapat. Kami saling hormat pendirian masing-masing. Takdelah kami syok sendiri merasakan diri nie betul dalam menilai setiap isu. Bergaduh? Alhamdulillah tak pernah lagi la. Dia tak menghalang aku untuk join aktiviti dengan UMNO dengan syarat aku jaga tatasusila sebagai seorang isteri. Kadang-kadang kalau aku tak puas hati apa-apa, dia jugaklah tempat aku meluah perasaan. So, basically dia tau la semua fault dalam organisasi yang aku join. Tapi dia tak pernah guna isu-isu tue dalam post dia atau untuk provokasi . hahaha!


Tak kiralah berlainan parti atau bangsa. Yang penting jangan lupa apa yang penting. HUBUNGAN sesama manusia WAJIB dijaga! Walaupun dia pembangkang, mana tau dia pangkah kerajaan? Atau sebaliknya?
Tak kisahlah anda pro apa sekalipun, jangan nafikan yang hak dan batil. 
Salah tetap salah. Haram tetap haram. Guna akal untuk nilai ! Heeee~

Jangan lupa keluar mengundi bagi yang layak.So, anda undi apa?

UNDI adalah RAHSIA. Ini kalilah. Eh????

Credit: Google

UniKL International Student Exchange Mobility (ISEM) Part II

Salam,

Amboiii..aku tengok hit blog aku kat entry ISEM yang sebelum nie sungguh mengujakan di SINI! Mungkin sebab maklumat mengenai program ISEM ini tak ada officially di mana-mana laman web rasmi. Jadi bila taip ISEM Mara, entry aku yang paling atas. tenkiu Google !

So, bagi menjawab banyak persoalan mengenai ISEM, aku harap dengan wujudnya entry ini, bolehla aku clearkan apa yang patut ye adik-adik :)

Alhamdulillah. Seperti aku bagitau sebelum nie.aku berjaya melayakkan diri untuk menyertai program ISEM nie. masa dapat call dari En. Yusof ( Lecturer UniKL MSI), masa tue aku betul-betul speechless. Aku mati-mati ingat aku tak dapat dah. Seperti kalau diikutkan timeline yang UIO (UniKL International Office) bagi, keputusan sapa yang layak sepatutnya diumumkan bulan May. Aku dapat tau pun kalau tak silap dah bulan 7 dah. Alhamdulillah. Aku melompat-lompat. Nasib baik tak tembus siling rumah aku je. (sungguh hiperbola di situ ye.('_') ) Aku call mak aku. Perghhhhhh !! Masih teringat-ingat perasaan itu!


Bahasa Italy ko!!!


3 orang student terpilih mewakili UniKL MSI. Aku, Amir dan Fazri. So,I was the ONLY girl ! How cool was that ? Masa isi borang, aku pilih UK, tapi untuk program ISEM nie, sebenarnya apabila kita terpilih, UIO akan cuba contact university yang ada course yang coherent dengan course kita, dan bergantung pada respon university samada nak ke tidak. Macam kes kami, kami diterima di University of Trento, ITALY.

ITALY ????  First response aku masa dengar tue, macam rasa agak weird. Jarang student Malaysia melanjutkan pelajaran ke Italy. UK, US atau Aussie tue selalulah aku dengar. Setelah berbincang-bincang dengan family dan lecturer, aku terima. Konflik perasaan dan perang dingin ngan suami (masa tu tunang) tak usah tanya la. Nanti aku cerita next entry ok. :)

Kami akan berlepas bulan 9, jadi terlalu banyak dokumen-dokumen yang perlu disediakan dalam masa yang singkat. Personal essay, placement form, subject transfer form, passport dan yang paling mencabar adalah VISA. Tahukah anda, untuk berada di Italy melebihi 3 bulan memerlukan anda mempunya VISA dari Embassy of Italy di Kuala Lumpur? Proses VISA tu yang menguji keimanan kami. Terpaksa berulang-alik ke embassy dua kali! Kulim - KL tau. Bukan dari Ampang mahupun Bangsar. huhu

MARA akan menanggung ELAUN (flight pergi dan balik, sara hidup, hostel, baju panas) sepanjang di sana. Tambahan kepada pinjaman pelajaran sedia ada. Tapi macam biasa la, kalau score 3.5 CGPA, will be converted into scholarship. Elaun sara diri selama 5 bulan di Malaysia akan dihentikan. Selama lebih kurang 5 bulan disana, elaun diberi berdasarkan currency di sana which is in our case, EURO :) Jangan risau, sememangnya lebih dari cukup untuk hidup di sana. Cukup untuk makan, jalan-jalan, shopping sikit-sikit (banyak-banyak pun InsyaAllah cukup..hehe).Duit diberi secara lump-sum (sekaligus) oleh MARA sebelum kami berlepas.Lebih kurang 3 hari sebelum berlepas. Dalam kes kami, memandangkan kami first cohort, mungkin pihak pengurusan belum cekap lagi. Now, insyaAllah much better.

So, tanggal 10 September 2012, lebih kurang pukul 8 pagi, kami bertiga diterbangkan ke Milan, Italy dengan penerbangan OMAN AIR. Perasaan takut nak naik flight tak payah cakap la.Kami bertiga tak pernah naik flight seumur hidup kot! Al-maklumlah bukan anak orang kaya-kaya kannn..hehe. Perut kecut tak tau nak habaq. Flight kami transit di Oman. Dari KLIA lagi kami dah standby pakai baju tebal-tebal.Almaklumlah nak mendarat kat Italy kannnn...sekali sampai kat Oman, baru ku tahu erti doniaaaaa ! Panas ya amat! Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7 waktu Italy, pukul 3 pagi waktu Malaysia, kami selamat mendarat di Milan, Italy!

Jom layan gambar :)


Family hantar di KLIA. Masa nie perut aku macam ada butterflies kat dalam !


Oman Airport

 Entertainment in the flight. Nice!






The food was really owesome! Super sedap!


Milan Malpensa Airport, Milano, Italy



Finally!  Me in Milan. Muka kepenatan setelah 13 jam dalam flight!


 Next entry aku cerita first day travel di Italy okay :)

P/s: sebarang PERTANYAAN bolehlah tinggalkan COMMENT di entry ini atau di FB :)


Till then. xoxo!

Entry sebelum ini:





Pertandingan Andaman Pengantin anjuran MARA Negeri Kedah

Salam,

Jumaat lepas aku dan rakan-rakan seangkatan dah submit Final Draft FYP kami dengan selamatnya. Alhamdulillah. Sekarang just getting ready for presentation jelah. Hopefully, everything will be perfectly okay. Yes, PERFECTLY!

So, memandangkan menyiapkan FYP merupakan punca stress yang memang tak dapat dinafikan lagi, aku telah men'join'kan diri aku dalam satu pertandingan andaman pengantin anjuran MARA Negeri Kedah. Kalau nak diikutkan hati kecik aku nie, sememangnya aku lansung tidak berminat dengan pertandingan sebegini. Aku sedar akan hakikat diriku ini yang sememangnya dilahirkan cuma untuk menatap buku dan kertas-kertas ilmiah. Tapi bila mengenangkan dapat SIJIL dari MARA Kedah weyh! Bunyi macam syokkkkkk ja~~lalallaa....

Berbekalkan keyakinan yang memang TAK ADA ini, aku gagahi jugak la kaki kedingku ini ke pertandingan tersebut. (eyh, bajet jalan kaki pi Kulim ka ?). Dengan muka yang tak semenggah tapi gigih jugak nak kumpul sijil, aku kuatkan semangat!hahaha. So, aku pakai wedding dress aku hari tue la. DAh confirm aku je yang muat kan, nak tak nak aku jugak la jadi model tukang pakai nya..:P

MUA aku Kak Lily, pemilik butik Mutiara Indah Beauty Center, Sungai Kob. Memang skill dia power, dulu penah make up akad nikah kat dia. So, bila sampai tengok yang join semua memang model-model tahap gaban dah! Semua dok sembang pasal photoshoot la, event la, job sana-sini la..Ohhhhhh, terasa kerdil sungguh di situ sebab dalam kepala aku cuma ada efwaipiiiiii saja.

Kami TAK menang! Yeayyyyyyyy!!! (boleh gembira jugak ka?)..hahaha..tapi memang syok la. Satu pengalaman baru. Kenal orang-orang baru. Totally worth it!!! At the end of the day, aku memang tak menyesal. Aku cuma student engineering yang super-duper nerd. Buruk toksah cerita la. Hampa takyah kata, aku tawww!!hahaha... Tapi, Allah bagi aku kesempatan untuk alami satu lagi pengalaman hidup..kenai orang-orang baru..The girls are amazing! Subhanallah :) . So lepas nie kalau aku nak release new collection untuk butik online aku, dah takde masalah la nak cari model comel-comel. yeayyyy ~~

Gambar hasil make-up Kak Lily dan gambaq perasan aku.Layankan aje. Tak suka, boleh tekan butang pangkah macam biasa la nooo..hehehe


Make up by Kak Lily Oodin

Ceteka kat mana?

Dinding toilet jadi pilihan.LOL

Catwalk tak tentu hala

Amboi posing tah hengat kau jemahhhh



Bersama model-model hebat lain.Yang tengah (Pink) tu menang no2. Yang merah tu No:3


Semua cantik kecuali aku yang pelik sorang-sorang tang tu.Isk.Isk.Isk.



I am back!

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah! Dah setahun lebih tak tulis entry baru kat blog nie. Bukan kata berhabuk, labah-labah pun takut nak buat sarang.Ngeriiiiiiiii!

Selama setahun menghilang, I've gone through  A LOT! Hopefully, after this I can recall everything back and write down every single thing here. It was a great memory to treasure. A year which changed me.

Last entry pasal bertunang kan? Now, I am married :) Yes, the same guy. Gonna write about it later. Our wedding and my life as a wife and also a student in the same time.

Ingat tak I had mentioned about International Student Exchange Mobility by UniKL International Office-MARA? Alhamdulillah, I was selected to be a part of the program. I was the first cohort for this program. I spent 6 months in Trento, Italy. It was amazing journey indeed. I will write more about the programme and my experience in Italy soon!

Finally, my degree year will come to an end. InsyaAllah I'm gonna finish my degree next month!Subhanallah, rasa macam baru semalam register kat MSI, baru semalam bercinta dengan Qahar....how fast time flies..sigh!

I am happy to write again here. :)



Us in Milan, Italy 


 Our wedding day