Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 6, 2012

Mashed Potato Percubaan Pertama!



My first home-made mashed potato!

Salam,

Holla darls!

Last week pergi Hasani Bookstore yang femes kat Kulim Landmark tue dgn my luv. Well, kitaorg kan student, so dapat voucher buku RM200 yang hebat itu! My luv ada beli some stuffs, so i have no idea nak beli apa since i dah shopping last week apa yang perlu di beli. Plan nak beli Al-Quran tapi tak byk sgt option yang ada, we decided to buy it later. So sambil teman my luv tu, i  survey bahagian buku masakan. Terlihatlah beta buku western food.yeay! My luv suka makan western food, so saja la beli kan, nanti ada masa boleh la try :) My luv cerewet bab makan-makan nie..asam pedas tak makan,rebung tak suka..mee tak boleh nanti angin...so, kena la faham apa yang dia suka kan..

So, bila balik dok belek-belek buku tue.Since i don't have any plan for my Sunday, i decided to try simple recipe from the book. Lets try out my favourite first!Mashed potato!!~Kalau pergi KFC,mesti nak makan byk2. Lagipun my luvly Mia pun boleh makan mashed potato nie!

Thanks to my mum yang sanggup sponsor beli bahan itu dan ini. 4-5 kali jugak la dera adik pergi kedai.hahaha..Well, kami kakak-kakak oke!hehe

Try la ikut resepi buku tue, hasilnya kentang tue terlebih stok ayam!huhuhu..try buat gravy, tak jadi macam yg sepatutnya.Siap berketul-ketul lagi. Biar betul buku resepi ni! Aku dengan pantasnya terus mintak tolong en. Google cari resepi from internet. Ohhhh nooooo!!!! Mmg resepi dalam buku tue tak lengkap la!!!Geramnyaaaa!!!Haiiyaaaaa...



 Potato yang dah siap direbus dilenyek-lenyek sedemikian rupa!

So, aku gigih buat percubaan kali kedua untuk buat gravy black-pepper mengikut resepi dalam internet tue.Tadaaaaa~~~Alhamdulillah,sedap! Mak pun cakap sedap! :) Rasa macam makan buat sup pun sedap tau.Ingredient aku letak je dengan penuh kasih sayang!hehee

Takpe.Nie baru first trial.Aku akan pastikan trial-trial yang seterusnya lebih baik!InsyaAllah .My advice, kurangkan sikit stok ayam tue ye anak-anak! :)

My home-made black-pepper gravy!

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.


 credit to www.myresepi.com


# Moral of the story: Sila google dulu resepi sebelum buat!huhuhu~~

No comments: