Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 8, 2011

Bila hati mula bersuara...

salam...
hye ppl..
sorrrriiiiii lama tak hapdate..bz oiiiii..keja menimbun!haish!

Well, since my last entries yg sungguh "geli2" itu...
sebenarnya..sebenarnya..aku dah kawen~~hhahahaaa...(sungguh auta!)
xdelah..actually,why i posted all those articles?
Before this, some of my close friends were soOoo eager to get married at young age..
and i wasnt really believe in young marriage..
when i accidently read one of those articles..
i juz realised that how wrong i was!
Such a beautiful thought!
Indahnya Islam..Allahuakbar!

Aku sgt setuju dgn idea berkahwin di usia yg muda..
Cabaran zaman kita sekarang terlalu hebat berbanding zaman mak ayah kita dulu..
internet menghidangkan segala satu macam godaan & cabaran..
tue belum kira TV,majalah....hmmmm..(keluh-kesah..)
Aku sendiri pun tak tertangkis cabaran-cabaran yg ada..

So, kepada sesiapa yg dah berjumpa dgn pilihan hati..
yakin dgn kemampuannya menjadi imam yg terbaik melayari rumahtangga..
silalah berkahwin..insyaAllah rezeki Allah terbentang luas bg hambaNya yg menyempurnakan syariatNya..:)
Jeles tengok sorang demi sorang kawan-kawan sekolah dah berkahwin..

Perkahwinan bukanlah matlamat cinta. Ia cuma alat untuk lebih mudah mendapat cintaNya


Perkahwinan itu umpama layang-layang. Jangan halang pasangan kita terbang tinggi menggapai cita-cita, tapi dalam masa yang sama, peganglah tali layang-layang itu supaya ia tidak terbang terlalu tinggi mahupun terjatuh tidak terbang lagi.


Dipetik dr Facebook sahabat yg telah berkahwin.Subhanallah!


Naza & Nurul..dua2 sekelas dgn aku di SMK Agama Baling dulu..anak dah sorang..
Nik Fareez...anak dah 2 orang..kawan di SBP Integrasi Gombak..
Mastura tgh pregnant 4 bulan..sahabat baik dr kecik..
Syuhadah (Adik)..insyaallah 11.12 nie kenduri..satu dorm masa di SMKAB..
Athirah..sekelas di SMKAB dan berjumpa kembali di KYUEM..
Kak Piah..bakal berkahwin dalam masa terdekat..sekelas di SMKAB..
Izyan Liyana..cute little girl...kawan seperjuangan di KYUEM..
Ajah & Huzaifah..cukup dgn membaca entry ini MAK,SAYA MAHU KAWIN (sila click!)
dan ramai lagi...

Cukup aku cemburu...beruntunglah kamu..berada di jalan Allah..
sempurna sudah separuh dari agamamu..sempurnakanlah separuh lagi..
berjalan berdua mendapat pahala...
berpegang tangan dapat pahala..
malah lebih dari itu..ganjaran pahala menunggu..

Hmmm...aku pun tak pasti apa yg akan terjadi di masa hadapan aku..
Meniti hari-hari..pastinya aku mahu dan mengharapkan yg terbaik..
I'm a family woman..aku sgt bersyukur..walaupun jodoh mak & ayah tak panjang..
terlerai di tengah jalan..tapi aku masih di kelilingi ahli keluarga yg sgt hebat..
mungkin mereka tidak sehebat,secemerlang org lain..
tp bagi aku..they are so precious in my life..
kadang2 kami bertekak..usik-mengusik..tp seminit kemudian kami berbaik..
Kami tak kaya harta...tapi kami kaya dgn kasih sayang..
buktinya,hanya dgn membayangi wajah2 mereka...sudah mampu buat aku tersenyum..
Sejak kecil,x ada yg panas baran antara kami..aku tak pernah dihamburkan dgn kata-kata kesat...

Walaupun ayah begitu, mungkin dia buat suami yg terbaik tp aku sentiasa ingat dia sbg ayah yg terbaik..
Peristiwa2 pahit yg berlaku tak mungkin dpt padamkan kenyataan bahawa aku rindukan ayah..
aku rindu setiap kali kami naik kereta (dulunya toyota buruk sahaja..)..ayah akan mula bercerita satu persatu..
kami boleh tanya apa sahaja..pasti dia akan ceritakan dgn penuh kesabaran..
petang-petang kami main badminton sama2..malam,ayah akan mainkan keyboard(ayah cukup minat keyboard!)..kami menyanyi2..hidup kami tak mewah tp aku tak pernah rasa sebarang kekurangan..
Aku sendiri tak sedar bila segalanya mula berubah..tp dlm kenangan aku..ayah ttp yg terbaik..

ayah,mungkin noni tak mampu ucap pada ayah..tak mampu menatap mata ayah...tak mampu pandang wajah ayah..noni masih anak kecil ayah mcm dulu...noni masih teringin nak banggakan ayah setiap kali noni dpt keputusan cemerlang..anak ayah nie dah pandai cari duit sendiri..teringin sesekali nak belanja ayah makan..
kenapa ayah tak pernah tanyakan khabar noni?ttg pelajaran noni?tak pernah ajak noni & adik2 makan walaupun ayah makan di kedai depan kawasan rumah kami?..ayah dah lupakan kami?...hmmm..bertahun segalanya berlalu...tp setiap kali teringat ayah..airmata ttp laju...

Hidup tanpa kehadiran ayah...
terlalu banyak dugaan yg mendatang..
Mak tempat kami berlindung..dialah yg terpaksa berhempas-pulas menggantikan tempat ayah..
Kami sendiri terkapai2..
aku perlukan tempat berlindung..
perlukan bimbingan dr seorang lelaki..

Perkahwinan adalah suatu perkongsian hidup..
bukan mudah untuk kita memberi ruang untuk seseorang menjadi sebahagian dr hidup kita..
Tolak ansur perlu dan menjadi kemestian..
Aku bukanlah wanita yg sempurna..aku akui segala kelemahan diri aku..
Aku cuma wanita yang sanggup & rela belajar..memperbaiki diri aku....
untuk cuba sedaya upaya menjadi tulang rusukmu yang terbaik..InsyaAllah..
Ya Allah, hanya padaMu aku berserah..
permudahkanlah jalan kami meraih rahmatMU Ya Allah..
Aku akan cuba yg terbaik & aku redha...
sekiranya apa yg aku miliki adalah yg terbaik untuk diriku..
Bukankanlah jalanMu seluasnya buat kami..
dan sekiranya aku bukan tulang rusuk tercipta miliknya...
Kau leraikanlah simpulan dgn penuh hikmah agar tidak rosak kedua tali yg tersimpul...



“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”
#hadith sahih dri Bukhari & Muslim

No comments: