Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 16, 2011

Nikah Awal Jalan Terbaik?

Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.
Mencabar! Kerana setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, anak muda remaja dan belia kita dibom dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan peluru berpandu yang membangkitkan naluri seksual masing-masing.

Biasalah apabila sudah baligh, umur meningkat, tiada godaan sekalipun, keinginan akan timbul juga secara automatiknya. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual itu boleh terangsang berpuluh lipat kali ganda dan berlaku pada tahap yang lebih awal lagi. Masalah pergaulan bebas sangat membimbangkan sehingga berlaku penzinaan.

Apakah jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini?
Apakah jalan untuk selamatkan spiritual anak kita?
Apakah jalan terbaik untuk selamatkan masyarakat kita?

Tidak boleh hendak menyalahkan ibu bapa yang tidak boleh awasi mereka 24 jam, dan tidak boleh hendak menyalahkan anak muda semata kerana cabaran yang melampau sana sini.
Oleh yang demikian, beberapa langkah boleh diambil bagi meringankan kekusutan masalah ini.
Yang pertama, kahwin awal itu penting, kerana ia menjaga spiritual anak-anak kita dari dikotori.

Maka, masyarakat harus berusaha mencari jalan untuk membolehkan anak-anak muda ini kahwin awal untuk memastikan jiwa dan spiritual anak itu sentiasa bersih. Dan perkahwinan hanya satu-satunya jalan untuk memenuhi keinginan seksual secara sah dan diredhai Allah.

Dan Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu supaya kahwin awal. Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih-lebih lagi dengan godaan yang datang "attack" dari pelbagai arah dalam masa yang sama. Di dalam al-Quran, Allah berfirman:
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka..." (24:32)

Memang benar anak muda diajar untuk berpuasa bagi menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi sampai bila?

Bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, dan mereka ini sentiasa berhadapan dengan godaan terus-menerus, setiap detik, setiap ketika, yang boleh mennyebabkan'nerve breakdown', jiwa tertekan, anak muda akan susah hendak memberi tumpuan dalam pembelajaran.

Akhirnya itu yang mencari jalan belakang, jalan senyap-senyap, jalan sembunyi untuk memenuhi keperluan semulajadi ini yang kita usaha untuk cuba elakkan.

Tetapi, hendak kahwin awal bukan senang. Ibu bapa mahu anak-anak habis belajar dahulu, selepas itu, matang pemikirannya, ada kedudukannya, hantaran RM15000-30000 (tepuk dahi), kemudian kewangan untuk anak-anak yang bakal lahir lagi. Maka kahwin awal itu seperti sesuatu yang rumit. Impossible!

Maka, di sini ada disenaraikan beberapa jalan untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal:

1. "Kewangan support" dari ibu bapa yang mempunyai kewangan yang baik. Ibu bapa yang berkemampuan memang digalakkan supaya menyokong anak-anak ni supaya kahwin awal dan bantu yang mana perlu. Kalau Islam itu menggalakkan kita untuk menolong orang susah, orang miskin, apatah lagi menolong anak sendiri sehingga mereka boleh berdikari, pasti banyak dan melimpah-ruah lagi ganjarannya.

2. "Komuniti support" . Sekiranya kita mempunyai islamic organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak ini kahwin awal. Mengikut sejarah , satu ketika seorang lelaki ditangkap dan dibawa ke Saidina Ali atas perlakuan yang tidak sopan. Selepas Ali memberikan hukuman yang sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara. Maka di sini Saidina Ali telah memberi contoh bagaimana masyarakat boleh menolong orang muda untuk berkahwin.

3."Perkahwinan tanpa beban kewangan". Iaitu si teruna dan dara itu bolehlah melaksanakan akad sahaja untuk menghalalkan hubungan. Tetapi mereka boleh tangguh dari membuat majlis perkahwinan yang menelan kos itu, mungkin selepas habis belajar, sudah bekerja, kemudian apabila duit sudah banyak, kita boleh meraikannya. Dan mereka ini dibenarkan saling berjumpa kerana mempunyai hubungan yang halal.

4. Mereka menjalankan akad dan majlis perkahwinan,tetapi tangguh juga dari menimang anak, dan hidup with "simple lifestyle". Maka dengan cara ni juga, mereka dapat memenuhi naluri masing-masing, dan dalam masa yang sama beban kewangan itu dapat dielakkan.

Ya...begitulah beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan tetapi diingatkan di sini, pengawasan ibu bapa, konsultasi dengan ibu bapa sangat-sangatlah penting dan kritikal dalam mengatur perkara ini.
Kami langsung tidak menyokong idea si teruna dan si dara buat keputusan sendiri tanpa "input" dari ibu bapa, dan tanpa mendapat restu hubungan mereka. Ini adalah penting untuk melindungi reputasi pihak perempuan terutamanya jika perkara yang tidak dijangka berlaku. Ibu bapa mainkan peranan yang sangat penting.

Sekiranya kita khusus untuk ibu bapa mengharapkan anak-anak ni supaya kewangan mereka "steady" dahulu selepas itu baru boleh berkahwin, mereka akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan dalam tempoh itu akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Maka, apabila kita memahami perspektif dari sudut pandangan Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka kita boleh lihat bukan perkara mustahil bagi pelajar-pelajar, untuk berkahwin dan dalam masa yang sama meneruskan pelajaran mereka, tinggal bersama di rumah ibu bapa, atau satu bilik yang disewa di universiti. Mereka boleh teruskan kehidupan yang sama mudahnya sepertimana kehidupan mereka sebagai pelajar.

Kahwin awal itu memang digalakkan, tetapi mental dan emosional, ilmu perlu diperlengkapkan supaya masing-masing menyedari tanggungjawab dalam kehidupan berumahtangga. TAQWA, mesti penuh di dada, barulah rumah tangga itu bercahaya.

-Artikel iluvislam.com

Antara persoalan kahwin awal

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Tidak ku pinta mahar yang tinggi

Sayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia.

Bagi yang ada kesedaran, ada yang mengikuti program "short sem" di pondok-pondok bertiangkan kayu jati bagi memperkukuhkan ilmu agama. Tidak rasa rugi dengan sedikit bayaran yang di kenakan. Sememangnya pondok-pondok di Malaysia sekarang sudah banyak upgrade dari segi sistemnya. Mereka mengetahui mahasiswa-mahasiswa perlukan mereka di kala cuti semester berlangsung.

Manakala bagi pelajar timur tengah mungkin sebahagiannya masih dalam peperangan exam yang belum selesai. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Bujang Senang dan Bujang Belum Terlajak
Di hujung tahun sebegini sememangnya para 'bujang senang' mahupun 'bujang belum terlajak' mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.
Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.

Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.

Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.
"Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k."
"Anak pak seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu."
"Anak saya kawin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun."
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.

Anak Aku Paling Mahal
"Anak aku la paling "mahal" setakat ni dalam kampung kita, " dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.

Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.

"Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi," kata Lina.
"Hang gila ka apa? Aku bagi hang belajaq sampai MA, hang nak bagi kat dia RM2k jer. Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu," balas Mak Andak pada Lina.

Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan terderhaka.
Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwianan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.

Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.

Martabat Wanita Di Sisi Agama
Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.

Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.

Suami Akan Lakukan Yang Terbaik
Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda.

Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.

Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.
Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.

"Aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai., masak kari pun masin dan bla bla bla...."
Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.

Pesan Rasulullah s.a.w.
Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana nabi menyebut,

"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."
"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."
"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."
"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."

Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain.

Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.

Saya masih ada seorang kakak yang belum berkahwin dan insyaAllah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Sempat saya berpesan kepada mak sebelum kakak bertunang.
"Kakak nanti, mak jangan letak mahal-mahal. Ikut pihak lelaki tu nak bagi berapa. Kita bukan nak jual anak. Kalau mahal-mahal pun menyusahkan pihak lelaki je nanti, lagi masalah."

Pelbagai alasan dan sebab serta hikmah tentang perkahwinan sempat diceritakan kepada mak saya.
Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya telah melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Selebihnya terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya.

Semoga hubungan kakak saya dengan bakal suaminya berkekalan selamanya dan mendapat reda dari Allah. Amin.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Ustaz Muhammad Isa merupakan pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat daripada Darul Quran, JAKIM. Kini beliau merupakan mahasiswa Syariah (Usul Fiqh) di Mu'tah University, Jordan.

Jangan takut kahwin awal !

Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.

*****
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.


Nota : Perkongsian di atas merupakan satu contoh bahawa perkahwinan di usia muda merupakan satu pilihan atau option yang ada bagi masyarakat kita. Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga akhir hayat.

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

Sumber Grafik: testi.iluvislam.com

Saturday, October 15, 2011

Sesungguhnya Tuhanku sedang berbicara denganku.

Assalamualaikum.

Pernah tak kamu rasa dunia seolah-olah tak adil?
Segala-galanya ada pada si polan dan si polan,tetapi tidak pada diri kamu.
Dia cantik,kaya,bijak,sophisticated,sexy..segala-galanya ada pada dia..tidak pada kamu..
Kamu rasa kamu serba kekurangan..tidak sesempurna dia mahupun orang lain..
Hidup mereka nampak senang,mudah..segalanya terhidang di depan mata..
Sedangkan kamu..dugaan bertimpa-timpa..satu persatu..kadang-kadang menggoyah iman yang hanya senipis kulit bawang..

Merungut..ahhhhh..indahnya hidup mereka!Kenapa hidup aku begini?
Bukankah Tuhan itu Maha Adil?
Tetapi di mana letaknya keadilan bagi aku?

Hakikat kita sebagai manusia seperti disebut di dalam Al-Quran sendiri, bersifat pelupa.
Kadangkala memandangkan nikmat dan kelebihan orang lain membuatkan kita lupa pada rahmat Allah yang ada pada diri kita yang kadang-kala lebih daripada apa yang kita nampak dalam diri orang lain..
Ingatlah, apabila diturukan ujian dan dugaan ke atas diri kita, sesungguhnya Tuhan sedang berbicara dengan kita.


Apabila aku gagal melangkah ke UK.aku cukup kecewa.Terasa sebelah kaki sudah berada di sana, sebelah lagi masih di Malaysia.Tapi takdir telah menulis, aku hanya dipinjamkan sekejap impian itu,bukan takdir aku menggapainya.Pelbagai asakan negatif yang aku terima.Kata-kata dari orang sekeliling.Mengutuk,mentertawa,mengeji.Seolah-olah menjadi satu kesalahan bagi aku tidak dapat melanjutkan pelajaran ke UK sedangkan anak-anak mereka sendiri hanya setakat SPM.Untuk jiwa seorang gadis berusia 20 tahun menerima semua itu, aku rasa cukup lemah.Menghadapi kekecewaan diri sendiri dan juga terpaksa menangkis tohmahan orang-orang yang selama ini sedikitpun tidak pernah memberi sumbangan dalam kejayaan atau kegagalan aku.Yang paling aku kesalkan, aku telah hampakan hati orang yang paling aku sayang, hati mak.Aku tahu apabila dia melahirkan aku,dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat pada diri aku.Tapi aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk mak.Aku sedih apabila dia yang terpaksa mendengar segala cacian dan kutukan orang mengenai kegagalan aku.Itu lumrah hidup.

Dalam kejatuhan itu,aku cuba kumpul sedikit kekuatan yang ada untuk bangun dan membina kembali impian aku yang jatuh berkecai.Untuk apa aku harus terus meratapi sesuatu yang ternyata bukan untuk aku, sedangkan rahmatNya masih terbentang luas.Ditutupka satu jalan untuk aku,aku pasti 10 jalan lagi menanti untuk aku melangkah.Hanya sekali aku gagal.Bukankah sepanjang 20 tahun aku hidup, terlalu banyak rahmatNya telah dikurniakan pada aku?

Sejak tadika, aku antara yang terbaik.Masuk sekolah rendah, aku hanya berada di tempat pertama atau kedua. Dilantik menjadi penolong ketua pengawas.Aku muncul olahragawati pertama SKGB semasa aku darjah 6.UPSR aku berjaya dapat 4A1B, walaupun bukannya 5A tp tetap aku berjaya melanjutkan pelajaran ke SMKAB, antara yang terbaik.Aku menyinar dalam bidang sukan.PMR aku berjaya memperolehi 9A dan kemudiannya memasuki SBPI Gombak.Aku memegang 8 jawatan sekaligus di sana dan mucul Olahragawati kejohanan sukan ke 2 SBPIG. SPM aku berjaya dapat 10A1,1A2 dan 1B3.Berjaya menerima dua tawaran biasiswa, Mechanical Engineering in Germany from Mara and Acturial Science in UK from FELDA.Aku completed my A Level in one of the best college, KYUEM in Malaysia.Then, it happened, aku gagal ke UK.I scored 12 points/15 points only in my A Level.The minimum points is 13.Felda refused to give me the scolarship.But still,i got offers from University of Manchester & University of Lanchester to pursue my degree in BA Economics.I gave up everything.

Terlalu banyak rahmat berbanding dengan satu kegagalan.Apa yang yang terjadi selepas kegagalan aku pun terlalu banyak hikmah yang aku pasti aku belum dapat singkap semuanya.Aku cukup bersyukur dengan apa yang aku ada pada hari ini.Syukur Alhamdulillah...semua yang berada dengan aku pada hari ini..buat aku lebih hargai apa yang aku ada..terima kasih pada mak yang tak putus-putus bagi semangat..u might not say it but i know u always praying the best for us..i will keep on making you proud of me mak..u r the best mum and i luv u so much!My luv, Abdul Qahar...it has been 2 years and more..pada awal aku cuba bangun dari kejatuhan aku,aku pernah berjanji aku takkan bother bout luv..but he came just at the right time..Sayang,thank you so much for all the miracles..without you, i won't be at the place where i am now..i'm looking forward to make more miracles together..you are the best and im so proud of you..My family,the best i ever had in my life!Abg Mail,Abg Ttein,Abg Shet,Kak Aziah,Emi & Shila...i will definitely make all you proud of me again!Thanks...thank you so much for being here for me...i cant imagine my life without all of you..we might not rich but our love is unconditional.I might never tell you how much i love all of you but im sure my love is bigger than my heart, and if i should whisper it to your ears, i will never stop saying how much i luv you.Alhamdulillah..terima kasih Tuhan..


Aku tidak menulis menunjukkan ilmu yang menggunung didada.menunjukkan aku manusia yang sempurna.aku menulis dari hati.kerana aku juga insan yang berada di dalam fitrah.Aku juga seringkali lupa.Lupa untuk bersyukur.Lupa bahawa rahmat Allah terlalu banyak dan aku lupa untuk bersyukur.
Ya Allah..sesungguhNya aku sering lalai...kuatkanlah hati aku Ya Allah..aku rindu pada kasihMu..aku cuba melawan godaan hati,nafsu dan dunia..seringkali aku tewas...aku iri hati melihat mereka mendampingiMU dengan sepenuh jiwa...

hari ini mungkin aku ingat.esok aku mungkin lupa.sekiranya aku jatuh lagi esok,ingatkan aku untuk trus bangun dan berlari......ingatkan aku..sesungguhnya Tuhan sedang berbicara denganku...



Surga Cinta-Ada Band

 It's the song that keep on playing while you are reading my blog.A very nice song.Thoughtful one.Deep meaning and i felt in love with this song when i listened to it for the first time.It's the background music in a TV programme Ini Kisahku-Wardina.Enjoy this!

Terdiam... hanya bisa diam dingin menyerang... di sekujur tubuhku
Layangkan mata menembus cahaya putih kilaunya  
Meneduhkan lamunan
Masih jelas terlihat, pesona ayumu  
Masih jelas terasa, getar dawai jiwamu aahhh...

[REFF 1] 
Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan  
Atau hanya mimpi yang tiada pernah berakhir jua
 
Perlahan bawa semua tanya  
Satu bersama... langkah di taman ini
Terangkai bunga tanda cinta murni adanya  
Tapi kekasih pun tiada muncul hapus rinduku aahhh...

[REFF 2] 
Di mana aku sedang berada mengapa sendiri
Lari telanjang tanpa seorangpun yang akan mempeduli

[REFF 3] 
Terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia  
Hanya rasa sepi meratapi malam tanpa dirinya


Copied from MetroLyrics.com

Diam

Assalamualaikum
salam semua..3am already..
since last night,tangan nie gatal sangat-sangat nak menaip..huhuhu..
silap makan agaknya..burrrppppp!!!!Opsssss..terlebey sudeyy~~~hehehe

Hmmm..diam.
Bila orang diam ada macam-macam maksud.
Kata orang tua-tua veteran, diam tanda setuju.
Applicable lagi ke zaman millenium 2011 nie?
Haipppp!!nuraini,jgn melawan cakap orang-orang berpengalaman!Baikkkk!!!

Aku?
Kalau aku diam memang banyak maksud!
Menurut mr. boyfie, kalau aku diam tu tandanya ada perang bakal meletus!hahaa
Kalau aku tak puas hati ataupun terasa, memang aku suka pilih untuk diam.
Kenapa???..hmmm..sebab aku takut, my act or words yang aku keluarkan bila aku marah atau terasa akan harm people around me.
But, one thing for sure, aku tak boleh handle my feeling physically!
Means, kalau aku marah,terasa,tak puas hati..it will be clearly shown on my beautiful face.(beautiful ke????!!Ada mak kesah?hahaha)
Hmmm..tak tau la macam mana nak buat,any ideas how to act like im okay when im totally not!?
I should try harder!!yes,harder!

I read one of the book which i can't really remember what the title is.I'm interested in one of the phrases:

"Showing you are okay when you are not is not that you are being hypocrite,but it shown that you are a person who can manage your feeling properly and professionally" (i put it in my own words since i could'nt find the book!)

Yes!that's what i should learn how to do it!Well, i will keep that in mind,so that i can do better in the future!Remember guys, life is a journey...lessons..pick whats the best from your experiences and that's what makes you who you are!Am i right?

Lesson learned: Try to manage your feeling properly!People are judging you from your words and your acts.Being nice to people won't harm you even if they are irritating or annoying,let them be!Peace!

P/s: Muka saya maintain nice walaupun kamu caci-maki-keji saya..hahaa..cessss!! :)

Friday, October 7, 2011

Alhamdulillah.the best word.

Salam semua..
Malam nie ada masa lebey skit dr biasa..
sambil tunggu en boyfie yg p men futsal xbalik2 lagi..
well,lately he's really into this "sport" thing...unstoppable..
takkan nak halang pulak kan..its a good thing after all..
At least good for him..
for me?im being abandoned!titik.:(

Hmm...lately jugak aku mcm a bit emo sket la..
kenapa?errrmmm..ntah..rasa annoying dgn ppl around me..
mcm2 perangai..
sabau jelahhhhh~~~~
biasalah..kena bersabar sikit la bila deal with ppl nie..
temperature aku mmg selalu naek la sejak dua menjak nie..
haishhhhh....
tetiba aku rindu my friends when i was in KYUEM..
hmmm....

Alhamdulillah..event jamuan raya berakhir dgn jayanya..
aku selaku Director of Jamuan Raya UniKL MSI 2011 nak ucap jutaan terima kasih..
for those yg byk membantu menjayakan event..
mmg terbaik~~
pujian melambung-lambung dr semua pihak..
Dean pun makan byk woccayyyy~~
smpai aku tak sempat nak merasa la..semua students sapu habes..hahaha..
tp saya happy!!!

Thanks jugak kpd Mr. boyfie yg dtg..
smpai kul 3 pagi dok basuh periuk..
teman aku sental lantai surau..
kamu mmg yg terbaik syg!!!
Yg paling best...bawakkan Strawberry sundae kegemaran saya!!!I'm lovin' it!

Part yg tak best, hp aku rosak..so xleh snap byk gambar..
ada jugak 2-3 keping amek tp xtau sapa yg snap..owh sedey!!!!
 P/s: Sekeping dr Hp mr boyfie!

But i have a new HP!!!yeay!!!!
Sony Ericcson Yendo.
murah2 je..xkuasa nak beli mahal2!hehehe

P/s; Mine is green!

Bila marah.

salam..
hye suma...
ye..mmg lama tak jenguk2 sini..
pffff...tiup skit habuk2 yg ada...

tajuk entry kat atas.Bila marah.
kamu penah marah?takkan x pernah kan?
marah kenapa?kena tipu?sakit hati?dikhianati?
atau ada yg mmg ada sifat suka marah xtentu pasal?(bahaya okeeeee...)

well,seperti golongan homo-sapien yg lain..(yaaaa...saya juga homo-sapien ye anak2..)
aku pun ada perasaan marah.
aku baru sedar.bila aku marah.
i will talk in english! (ini bukan marah ye..)
seriously!!
tapecaya?
try la buat aku marah...hohoho...
takut??
yes!!!!perlu!!! 

sekian! :)

p/s: nie gambar hati tenang ye..nampak x senyuman tue????haaaa...